nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Naib Presiden Argentina terselamat daripada cubaan bunuh

3 SEPT : Naib Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner, terselamat daripada cubaan bunuh oleh seorang suspek bersenjatakan pistol di luar kediamannya apabila seorang lelaki bersenjata mengacukan pistol tepat ke arah mukanya ketika beliau sedang dikerumuni penyokong di luar kediamannya

Presiden Alberto Fernandez memaklumkan, senjata api itu mengandungi lima peluru, namun tidak kena pada sasaran ketika tembakan dilepaskan.

Cubaan bunuh itu berlaku ketika De Kirchner baru pulang dari mahkamah selepas menjalani perbicaraan bagi kes rasuah terhadapnya, selepas dia menafikan pembabitannya dalam sebarang skandal rasuah.

Menurut polis, suspek yang juga rakyat Brazil berusia 35 tahun, kini sudah pun ditahan dan pihak berkuasa siasatan dijalankan bagi mengenal pasti motif serangan.

Dalam pada itu, menerusi ucapan yang disiarkan secara langsung, Fernandez menyelar serangan itu dan menyifatkannya sebagai ancaman terburuk sejak Argentina mengamalkan semula dasar demokrasi pada 1983.

“Kita boleh bercanggah pendapat dan tidak bersetuju dengan satu sama lain, namun ucapan kebencian tidak boleh mendapat tempat di negara ini kerana ia jelas mencetuskan keganasan, yang tidak boleh wujud bersama demokrasi,” katanya.

Selain itu, Fernandez turut mengumumkan hari ini sebagai cuti umum bagi membolehkan semua rakyat Argentina ‘bermuhasabah mengenai kecekalan dalam kehidupan, demokrasi dan solidariti bersama naib presiden’.

Rakaman video yang disiarkan media tempatan menunjukkan suspek mengacukan pistol ke arah de Kirchner sebelum naib presiden itu menundukkan kepalanya.

Satu lagi video menunjukkan orang ramai cuba melindungi naib presiden daripada supek.

Sementara itu, jurucakap polis memberitahu, senjata yang digunakan suspek dalam cubaan bunuh naib presiden sudah pun ditemui beberapa meter dari lokasi kejadian.

Sejak beberapa hari lalu, ratusan penunjuk perasaan memenuhi kawasan kediaman de Kirchner sebagai sokongan terhadapnya berhubung dakwaanterbabit dalam kes rasuah.

Pemimpin berusia 69 tahun itu didakwa terbabit rasuah ketika menjadi presiden antara 2007 dan 2015.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.