nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kedudukan Ahli Parlimen Najib kekal sehingga keputusan petisyen pengampunan

5 SEPT : Status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan, kekal buat masa ini, demikian menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ini berikutan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, sudah memfailkan petisyen pengampunan pada Jumaat lalu.

“Petisyen pengampunan itu difailkan dalam tempoh 14 hari, sekali gus status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan hanya akan ditentukan selepas proses pengampunan itu selesai.

“Najib hanya akan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen Pekan sekiranya permohonan pengampunan diraja itu ditolak.

“Memandangkan petisyen pengampunan sudah difailkan oleh Najib mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pada 2 September 2022, iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, maka kuat kuasa kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu dibereskan (sekiranya petisyen itu ditolak).

“Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tan Sri Azhar Azizan Harun

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.

Bagaimanapun, menurut perkara 48(4)(c) pula memperuntukkan jika petisyen pengampunan difailkan Ahli Parlimen berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh rayuan diputuskan, kehilangan kelayakan Ahli Parlimen itu hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan dibereskan (jika petisyen ditolak).

Azhar Azizan memaklumkan menerima serahan beberapa dokumen, antaranya salinan permohonan pengampunan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan terhadap Najib bertarikh 1 September lalu.

Beliau turut menerima salinan surat daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh 1 September lalu, yang melampirkan permohonan pengampunan itu yang diaku terima oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 2 September lalu.

Beliau juga turut menerima salinan Perintah Jenayah termeterai bagi kes rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan bertarikh 23 Ogos lalu.

Berdasarkan dokumen Perintah Jenayah itu, beliau mengambil maklum bahawa rayuan jenayah Najib telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu, sekali gus mengesahkan perintah sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi, yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.