nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakyat perlu tolak sikap rasis sempit

20 SEPT : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas  adalah tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Menurut Ahmad Zahid dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini, kenyataan Tommy Thomas itu memperlihatkan beliau terlalu obsess, prejudis hingga melabel-label etnik Melayu tanpa melihat perspektif yang menyeluruh dan luas.

“Tommy menyatakan kegagalan kerajaan Melayu ketika ini didominasi oleh orang Melayu.

“Beliau memuji kerajaan PH pula sedangkan kerajaan PH 22 bulan dahulu ditadbir juga oleh orang Melayu.

“Malah ramai mereka kini berada dalam kerajaan PN. Mereka ini bukan sahaja Melayu, terdapat juga etnik India, Cina dan Dayak,” tegas Ahmad Zahid.

Katanya lagi, Tommy Thomas juga mungkin lupa dengan statistik 2021 bahawa Melayu dan bumiputera mewakili 69.8 peratus, etnik India 6.8 peratus dan Cina 22.4 peratus.

“Apa makna statistik ini?  Ini bermakna mana-mana parti politik tidak boleh mengabaikan etnik yang membentuk majoriti dalam apa-apa keputusan politik dan pembentukan kerajaan.

“Dari segi agihan jawatan kabinet ia perlu mencerminkan dan berdasarkan jumlah populasi negara dan ini berlaku sejak dahulu hingga kini dan diterima secara menyeluruh dan menjadi amalan demokrasi tanpa mengabaikan etnik minoriti,” katanya lagi.

Jelas Ahmad Zahid, orang Melayu dan bumiputera terkenal dengan sikap bertolak ansur dan tidak rasis.

Katanya, di mana-mana tempat perkampungan Melayu dan bumiputera ada sahaja kedai Cina khususnya dan India.

Menurutnya, perniagaan mereka  ini disumbangkan oleh kuasa ekonomi Melayu Bumiputera yang memakmurkannya tanpa sikap prejudis dan rasis.

“Tommy lupa kedudukan beliau capai hingga dilantik sebagai Peguam Negara oleh Yang Dipertuan Agong disebabkan Malaysia sebuah negara harmoni dari segi perpaduan walaupun beliau dikecam kerana tidak fasih  bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan negara.

“Justeru, beliau tidak wajar menuduh secara pukal  dan ini mencerminkan sikap prejudis beliau seolah-olah adanya sikap Malaymophobia.

“Sebagai rakyat Malaysia kita perlu menolak sikap rasis yang boleh mengugat keharmonian kaum. 

“Biarlah kita bersikap “di mana bumi di pijak di situlah langit dijunjung” dan hayatilah peribahasa “bersatu kita teguh bercerai kita roboh,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.