nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

4 terbunuh, 44 cedera dalam serbuan tentera Israel di Tebing Barat

28 SEPT : Sekurang-kurangnya empat lelaki Palestin terbunuh, manakala 44 lagi cedera dalam serbuan tentera Israel dan pertempuran hebat di Jenin pagi tadi yang merupakan salah satu serangan terburuk di Tebing Barat tahun ini.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF), berkata serbuan itu berkaitan dengan serangan di Tel Aviv pada April lalu yang menyebabkan tiga rakyat Israel terbunuh dan suspek bertindak balas menggunakan bahan letupan dan tembakan.

IDF dalam satu kenyataan berkata, tenteranya memasuki Kem Pelarian Jenin untuk menahan dua suspek yang dipercayai terbabit dalam beberapa serangan tembakan baru-baru ini.

“Ketika mengelilingi kediaman yang mana kedua-dua suspek dikenal pasti berada di situ, bahan letupan meletup dan suspek melepaskan tembakan ke arah anggota pasukan keselamatan. Pasukan keselamatan bertindak balas mengikut prosedur operasi standard dan kedua-dua suspek terbunuh,” katanya.

Salah seorang yang terbunuh dikenal pasti oleh kedua-dua pegawai Palestin dan Israel sebagai Abdel Al Rahman Khazam, abang kepada Raed Khazem, yang melakukan serangan tembakan ke atas sebuah bar di tengah Tel Aviv.

Raed Khazem terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel di Jaffa, pada waktu pagi selepas serangan pada April.

Menurut agensi berita Palestin, WAFA, sebuah pasukan tentera yang besar menyerbu Jenin dan kem pelariannya pagi ini dengan melepaskan tembakan ke semua arah serta menembak gas pemedih mata ketika mengelilingi dan membedil sebuah rumah milik Fathi Hazem, yang juga bapa kepada Raed dan Abed.

Pertempuran itu dilaporkan terus berlanjutan setakat tengah hari tadi.

Jurucakap presiden Pihak Berkuasa Palestin, Nabil Abu Rudeineh, dalam satu kenyataan berkata, ‘pendudukan Israel terus menghantui kehidupan rakyat Palestin serta mengganggu keselamatan dan kestabilan susulan serangan secara berterusan meningkat’.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.