nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia ditutup rendah,turun 8.98 mata

28 SEPT : Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran menuju ke paras psikologi 1,400 seiring dengan pasaran serantau, dalam keadaan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemelesetan global.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.98 mata atau 0.64 peratus untuk ditutup kepada 1,401.89 berbanding 1,410.87 sewaktu ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka rendah 3.55 mata kepada 1,407.32 dan bergerak di antara 1,400.41 dengan 1,409.13 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 644 berbanding 233, manakala 344 kaunter tidak berubah, 1,177 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.14 bilion unit bernilai RM2.06 bilion daripada 2.28 bilion unit bernilai RM1.92 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata sentimen di pasaran domestik masih gelisah berikutan ketidaktentuan yang meningkat meskipun belian semasa harga rendah mungkin berlaku.

“Bagaimanapun, kami yakin FBM KLCI kekal dalam kedudukan terlebih jual pada masa ini.

“Sehubungan itu kami menjangkakan FBM KLCI dalam jajaran 1,400-1,420 bagi tempoh yang masih berbaki pada minggu ini.

“Dari sudut teknikal, paras sokongan serta-merta akan dilihat pada 1,400 manakala paras rintangan pada 1,465,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau menyaksikan Indeks Straits Times Singapura turun 1.49 peratus kepada 3,117.30, Indeks Nikkei 225 Jepun merosot 1.50 peratus kepada 26,173.98 dan Indeks Hang Seng Hong Kong susut 3.41 peratus kepada 17,250.88.

“Indeks utama serantau ditutup rendah berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) telah meningkat mendadak berikutan jangkaan mengenai kenaikan pantas kadar faedah yang selanjutnya oleh Rizab Persekutuan AS (Fed),” kata Pak Leng.

Bagi saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Public Bank menokok lima sen kepada RM4.26, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing menambah dua sen kepada RM8.37 dan RM5.93, Press Metal Aluminium tidak berubah pada RM4, manakala Maybank susut satu sen kepada RM8.56.

Bagi saham aktif, PT Resources meningkat 4.5 sen kepada 41.5 sen, Serba Dinamik tidak berubah pada 2.5 sen,Top Glove susut dua sen kepada 59 sen, SNS Network turun satu sen kepada 27 sen dan Sapura Energy merosot setengah sen kepada empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 70.49 mata kepada 10,009.45, FBM 70 berkurangan 80.66 mata kepada 12,166.65 dan Indeks FBMT 100 menguncup 63.0 mata kepada 9,760.51.

Indeks FBM Emas Syariah merosot 102.79 mata kepada 10,073.77 dan FBM ACE berkurangan 52.48 mata kepada 4,655.9.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga rendah 16.83 mata kepada 670.32, Indeks Perladangan turun 121.0 mata kepada 6,459.08, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 30.94 mata kepada 15,923.62 dan Indeks Produk dan Perkhimatan Perindustrian susut 1.54 mata kepada 170.15.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 1.31 bilion saham bernilai RM1.77 bilion berbanding 1.34 bilion saham bernilai RM1.54 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran berada pada 295.14 juta unit bernilai RM45.78 juta daripada 272.64 juta unit bernilai RM40.33 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 541.51 juta saham bernilai RM243.68 juta daripada 667.40 juta saham bernilai RM340.86 juta pada Selasa.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 187.63 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (330.44 juta), pembinaan (46.98 juta), teknologi (127.22 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (94.21 juta), hartanah (103.23 juta), perladangan (32.66 juta), REIT (11.95 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (153.90 juta), penjagaan kesihatan (142.29 juta), telekomunikasi dan media (27.13 juta), pengangkutan dan logistik (28.80 juta) serta utiliti (20.23 juta).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.