nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan terpedaya dengan pihak mengaku pengamal perubatan-MPM

28 SEPT :Orang ramai supaya tidak terkeliru atau terpedaya dengan dakwaan mana-mana pihak yang mengaku diri mereka sebagai seorang pengamal perubatan atau pakar perubatan berdaftar di Malaysia.

Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MPM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selaras dengan Seksyen 14C Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012), seseorang berhak untuk didaftarkan dan mengamal sebagai pakar dalam sesuatu bidang kepakaran dalam Daftar Perubatan MPM sekiranya memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Seksyen 14B Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Syarat utama pendaftaran sebagai seorang pakar adalah pengamal tersebut perlu berdaftar penuh dengan MPM, mempunyai kelayakan kepakaran yang diiktiraf, menghadiri latihan kepakaran dalam bidang kepakaran di institusi yang diiktiraf, dan membuktikan bahawa dia adalah layak dan mempunyai akhlak yang baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kesemua pendaftaran pakar perlu menjalani penilaian oleh jawatankuasa khas MPM yang akan meneliti kesemua syarat-syarat tersebut sebelum seseorang pengamal diperakui sebagai pakar perubatan dan dapat mengamal di negara ini.

Sehubungan itu, tiada mana-mana orang atau pihak yang boleh memperakukan diri mereka dan mengamal sebagai seorang pakar perubatan dalam sesuatu bidang jika nama mereka tiada dalam Daftar Perubatan MPM, katanya.

Beliau berkata bagi tujuan verifikasi atau penyemakan status pendaftaran seorang pengamal perubatan yang berdaftar dengan MPM, sama ada pengamal itu seorang doktor perubatan atau pakar perubatan, semakan boleh dibuat melalui laman web MPM iaitu www.mmc.gov.my di bawah pautan Search Medical Register dan National Specialist Register.

MPM menyediakan kemudahan dalam talian ini bagi membantu orang ramai dapat memilih hanya pengamal perubatan dan pakar perubatan yang bertauliah sahaja memberi perkhidmatan kesihatan dan rawatan perubatan di negara ini, termasuk dalam hal rujukan perkara berkaitan perubatan dan kesihatan awam, katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.