nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Kedah tidak akan bubar DUN sebelum Mac 2023

7 OKT : Kerajaan PAS Kedah tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum bulan Mac tahun hadapan walaupun sekiranya pembubaran Parlimen dibuat dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor,  beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Selasa, dan baginda menyerahkan sepenuhnya kuasa membabitkan urusan pembubaran DUN kepadanya.

Kata Sanusi, keputusan itu dibuat berdasarkan ramalan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang menjangkakan bencana banjir akan berlaku penghujung tahun ini selain fokus pentadbiran kerajaan negeri Kedah bagi mengatasi isu banjir yang akan memberi kesan besar kepada rakyat.

“Saya telag sembah maklum kepada Tuanku Sultan Kedah  pada hari Selasa,  menghadap secara online, saya sahkan kita di negeri Kedah tidak akan bubar DUN tahun ini. Keputusan ini dibuat bagi memberi fokus menghadapi banjir berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi.

“Saya sembah maklum Tuanku, beberapa negeri termasuk Kedah telah membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya pada tahun depan, Tuanku maklum (semula), untuk kuasa (berkaitan itu) terpulanglah kepada pihak Menteri Besar, itu sahaja, sangat simple,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan penutupan Program Jelajah Kedah Sejahtera, di Masjid Nurul Ihsan, Langgar pada Jumaat.

Ketika menyampaikan ucapan penutupan, Sanusi menggelarkan pihak yang menggesa Parlimen dibubarkan dan diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ketika banjir sebagai ‘orang yang gila’.

Justeru, beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat turut menasihatkan orang ramai terutama pengundi-pengundi di negeri Kedah untuk tidak memilih kumpulan ‘orang yang gila’ sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Rabu lalu, Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,tiga negeri di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan tidak akan membubarkan DUN masing-masing, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor dan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Mengambil kira faktor banjir besar yang akan memberi kesusahan kepada rakyat, Anwar berkata, Majlis Presiden PH menerima pendirian tiga negeri terbabit agar pembubaran DUN masing-masing hanya akan dilakukan pada tahun hadapan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.