nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia perolehi semula penarafan IASA kategori 1

8 OKT : Kedutaan Amerika Syarikat telah menyerahkan surat rasmi kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) berhubung penarafan Penilaian Keselamatan Penerbangan Antarabangsa (IASA) Kategori 1 semalam di Putrajaya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, penarafan semula ini dibuat selepas CAAM berjaya memperbetulkan kesemua yang diperlukan mengikut piawaian Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) AS.

“Ini merupakan peristiwa yang amat bermakna kepada Malaysia dan juga industri penerbangan negara.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak Kedutaan AS yang menyerahkan surat rasmi ini iaitu Kaunselor Ekonomi, Dave Williams dan Pegawai Ekonominya, Isaac Jenkins,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Kata Ka Siong lagi, Williams menyatakan kekaguman Kedutaan AS di atas kesungguhan dan kecekalan yang ditunjukkan oleh CAAM dalam menyelesaikan semua dapatan yang menyebabkan Malaysia diturun taraf ke Kategori 2 pada November 2019.

“Kami berkongsi pandangan sama bahawa penarafan ke Kategori 1 ini tepat pada masanya seiring pemulihan sektor penerbangan dan semakin ramai yang ingin melancong.

“Saya menyatakan bahawa pengembalian semula Kategori 1 ini juga menyumbang kepada kejayaan Malaysia mengekalkan kerusi sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Kategori III ketika Perhimpunan Agung ICAO pada 4 Oktober lalu,” ujarnya.

Ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan banyak Negara Anggota ICAO di Montreal Kanada, Ka Siong berkata, mereka turut memuji Malaysia dan ingin belajar daripada pengalaman Malaysia yang berjaya mendapatkan semula Kategori 1 penarafan IASA .

“Williams mengucapkan tahniah kepada CAAM dan saya berterima kasih kepada FAA atas pencapaian membanggakan ini.

“Diharapkan kedua-dua pihak Malaysia-AS dan CAAM-FAA dapat terus bekerjasama erat di masa hadapan demi manfaat industri penerbangan dan pengangkutan,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.