nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRU15 : MKT, Biro Politik UMNO adakan mesyuarat khas

10 OKT : UMNO hari ini mengadakan mesyuarat khas Biro Politik serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pembubaran Parlimen sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu.

“Parlimen dibubarkan hari ini 10/10/22 (10 Okt 2022). Tarikh #PRU15 akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya @sprgovmy.

“Pukul 5 petang hari ini, Isnin, Mesyuarat Khas Biro Politik UMNO akan diadakan. Pukul 8 malam hari ini juga, Mesyuarat Khas MKT UMNO akan diadakan. Di #WTCKL. Salam perjuangan,” katanya ringkas menerusi hantaran di laman Twitter beliau hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam Perutusan Khas sempena Pembubaran Parlimen ke-14 mengumumkan pembubaran itu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada pukul 3 petang.

Perdana Menteri memaklumkan beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tengah hari semalam bagi menyembah warkah mengenai permohonan pembubaran Parlimen ke-14.

Ismail Sabri meninggalkan bangunan Perdana Putra pukul 4.47 petang selepas selesai perutusan khas itu dan dijadualkan menghadiri kedua-dua mesyuarat Biro Politik serta mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO itu.

“Saya dah umum (pembubaran) tadi. Saya nak ke mesyuarat Biro Politik UMNO pukul 5 petang ini,” katanya kepada pengamal media yang telah berkampung di hadapan bangunan Perdana Putra sejak pukul 8 pagi.

Antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kelihatan hadir setakat pukul 5 petang ialah Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid; Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.