nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UNHCR jangka ramai rakyat Ukraine jadi pelarian

11 OKT : Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi memberi amaran lebih ramai penduduk Ukraine menjadi pelarian selepas dipaksa meninggalkan kediaman mereka berikutan serangan peluru berpandu Russia membedil ibu negaranya, Kyiv dan beberapa bandar lain.

Awal pagi semalam, Moscow melancarkan gelombang serangan terbesar dalam tempoh beberapa bulan di seluruh Ukraine sebagai tindak balas terhadap serangan letupan hingga memusnahkan jambatan utama menghubungkan Russia ke Semenanjung Crimea.

Jambatan itu adalah simbol pengambilalihan Crimea oleh Russia pada 2014.

“Insiden tragis yang berlaku di Ukraine hari ini… tidak boleh dimaafkan.

“Pengeboman membabitkan orang awam, rumah…, infrastruktur bukan ketenteraan secara kejam di banyak bandar di seluruh Ukraine, bermakna perang menjadi lebih sukar dan lebih parah bagi orang awam.

“Saya bimbang inisiden ini akan mencetuskan lebih banyak perpindahan dan akhirnya menjadikan lebih ramai warga Ukraine sebagai pelarian,” katanya kepada media di Geneva.

Sejak Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu, lebih 7.6 juta pelarian dalam kalangan penduduk Ukraine direkodkan di seluruh Eropah.

Walaupun sebilangan daripada jumlah berkenaan dilaporkan telah kembali ke negara itu, lebih daripada 4.2 juta rakyat Ukraine telah mendaftar untuk status perlindungan sementara di negara Kesatuan Eropah (EU).

Menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), hampir tujuh juta lagi penduduk direkodkan kehilangan tempat tinggal di dalam negara yang dilanda konflik itu.

Grandi menjangkakan lebih ramai akan melarikan diri berikutan serangan bertali arus Russia dan didakwa Kyiv, mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 individu maut dan hampir 100 orang lagi cedera.

“Kita akan melihat terutamanya perpindahan penduduk ke bandar lain yang lebih selamat,” katanya, bercakap di luar majlis Anugerah Nansen anjuran UNHCR yang tahun ini dinobatkan kepada bekas canselor Jerman, Angela Merkel.

Grandi berkata, situasi perpindahan di Ukraine pada masa ini ‘sangat kritikal’.

“Ada orang yang melarikan diri selama beberapa jam sahaja untuk mengelak daripada bom…dan kemudian cuba pulang ke rumah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dalam situasi membabitkan kemusnahan lebih besar, dan orang ramai tidak mempunyai akses termasuk kepada bekalan makanan, berkemungkinan perpindahan penduduk akan berlarutan.

Sabtu lalu, letupan besar memusnahkan jalan raya dan jajaran rel yang menghubungkan Russia dan Semenanjung Crimea.

Bagaimanapun Ukraine tidak mengakui tindakan itu berpunca daripada pihaknya.

Dalam pada itu, Presiden Russia, Vladimir Putin menyalahkan perkhidmatan rahsia Ukraine susulan kemusnahan jambatan Crimea Russia yang disifatkannya sebagai ‘tindakan pengganas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.