nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ada kerumitan untuk ekstradisi Jho Low ke Malaysia

14 OKT : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerumitan untuk mengekstradisi Jho Low dari China adalah kerana Kerajaan Malaysia dan China tidak ada menandatangani perjanjian ekstradisi.

Justeru, beliau berkata bukan mudah untuk membawa balik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini.

“Jadi kita tidak boleh salahkan kerajaan daripada sudut ini kerana kita belum ada persetujuan dengan sesuatu negara tertentu.

“Kalau kita mohon pun, kalau China kata ini permohonan biasa diplomatik sahaja, dia boleh tidak mengendahkannya. Jadi, dalam keadaan sedemikian ini, ia mungkin menghalang pihak-pihak berkuasa kita seperti polis, Kementerian Dalam Negeri bertindak dalam soal sini, ” katanya.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wan Junaidi berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Universiti Malaya-National University of Singapore Hybrid: Pindaan Perlembagaan dan Struktur Asas di Malaysia, di sini hari ini.

Ketika ditanya “Adakah mustahil untuk membawa pulang Jho Low?”, Wan Junaidi menjawab tidak mustahil tetapi ia bukan perkara mudah.

Jho Low dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa setakat ini masih belum berhasil.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.