nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

10 lagi rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja Kemboja dibawa pulang

22 OKT : Seramai 10 lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran kerja di Kemboja berjaya diselamatkan dan telah dibawa pulang ke negara ini semalam.

Kementerian Luar (Wisma Putra) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua mangsa berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada jam 11.50 malam dengan menaiki pesawat AK535.

Menurut kenyataan itu, semua mangsa warganegara Malaysia itu kini diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan.

“Sehingga Jumaat lalu, seramai 313 mangsa warganegara Malaysia berjaya diselamatkan dari Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

“Daripada jumlah itu, seramai 255 individu dihantar pulang, manakala baki seramai 58 orang lagi masih ditahan di depoh tahanan imigresen negara berkenaan sementara menunggu proses pengusiran,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan kini berusaha melalui semua saluran untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara berikutan sindiket penipuan kerja.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara seperti Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja.

Malah, Kerajaan Kemboja melalui Timbalan Perdana Menterinya, Samdech Kralahom Sar ketika Mesyuarat Plenari Menteri-Menteri Keselamatan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-16 yang diadakan pada 21 September lalu turut memberi jaminan untuk menyelamatkan mangsa penipuan sindiket kerja membabitkan rakyat Malaysia yang masih hilang di negara berkenaan.

Wisma Putra dalam kenyataan sama turut merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh dan Kerajaan Kemboja kerana mengambil tindakan proaktif bagi menyelamatkan dan mempercepatkan urusan penghantaran pulang mangsa.

“Kementerian melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia dan agensi kerajaan negara berkenaan akan terus bekerjasama dan menggiatkan usaha bagi menangani isu sindiket jenayah ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.