nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRU15 : KJ ikrar tiada yang terpinggir jika diberi mandat

3 NOV : Calon Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin berikrar tiada siapa akan tertinggal di kawasan Parlimen tersebut sekiranya beliau diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau menerusi satu video di aplikasi TikTok miliknya hari ini berkata, isu kos sara hidup, perumahan, akses kesihatan, kesesakan trafik, pengangkutan awam, banjir, dan alam sekitar adalah antara perkara yang akan diberikan penekanan dan cadangan penyelesaian dalam Manifesto Sungai Buloh.

Tegasnya, Sungai Buloh merupakan kawasan yang memerlukan tawaran baharu untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh orang bandar.

“Demografi Sungai Buloh hampir mirip dengan komposisi kaum seluruh Malaysia dan saya sentiasa berinspirasi untuk menjadi pemimpin untuk seluruh rakyat Malaysia kerana perjuangan saya adalah untuk semua tidak kira kaum, agama, atau latar belakang.

“Yang penting kita jaga dan membantu semua yang memerlukannya seperti mana usaha kita memberikan vaksin untuk menyelamatkan semua penduduk Malaysia daripada COVID-19,” katanya.

Bekas Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu turut berikrar akan membawa penambahbaikan besar kepada Hospital Sungai Buloh.

Khairy berkata, beliau sedar semakin ramai rakyat Malaysia dari kawasan kampung seperti Rembau yang berhijrah ke kawasan bandar dan jelasnya Malaysia sudah mencapai 77 peratus kadar urbanisasi

“Saya tahu di kebanyakan kawasan bandar Barisan Nasional (BN) tidak menjadi pilihan pengundi, tetapi jika BN mahu berubah ke arah yang lebih baik, kita mesti berani untuk menawarkan khidmat kita di kawasan bandar.

“Kita tidak boleh menjadi wakil di kawasan luar bandar, kita perlu menjadi wakil kepada semua Malaysia dan berani untuk tawarkan perkhidmatan kita di bandar.

“Bila kita mewakili orang bandar, polisi kita akan lebih mengambil kira isu yang dihadapi oleh majoriti rakyat Malaysia, iaitu penduduk kawasan-kawasan bandar.

“Ini bukan menidakkan pembangunan di kawasan luar bandar atau pedalaman, itu tetap sangat penting tapi jangan kita anggap semua yang duduk di bandar ini senang,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.