nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

945 bertanding Parlimen, paling ramai dalam sejarah

5 NOV : Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini mencatatkan sejarah apabila merekodkan seramai 945 calon telah disahkan layak bertanding untuk merebut keseluruhan 222 kerusi Parlimen, antara calon teramai dalam sejarah PRU di Malaysia.

Berdasarkan data yang dipaparkan di Pusat Media, ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di sini, seramai 441 calon akan bersaing di 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pahang, Perlis dan kerusi N66 Bugaya, Sabah.

Bagi kerusi Parlimen, Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan paling ramai calon membabitkan seramai 206 orang, diikuti Barisan Nasional (BN) (178), Perikatan Nasional (PN) (149) dan PEJUANG (116).

Parti Warisan Sabah (WARISAN) meletakkan 52 calon, Gabungan Parti Sarawak (31), PAS (22), Parti Rakyat Malaysia (16), Gabungan Rakyat Sabah (13), Parti Sarawak Bersatu (10), Putra (sembilan), DAP (lapan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (tujuh), MUDA (enam), Parti Bangsa Malaysia (lima) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (tiga).

Selain itu, Parti Bersatu Rakyat Sabah, Parti Sedar Rakyat Sarawak, Parti Sosialis Malaysia, Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Parti Bumi Kenyalang dan Parti Utama Rakyat pula masing-masing mempunyai seorang calon kerusi Parlimen.

Pilihan raya kali ini juga menyaksikan seramai 108 calon Bebas bertanding, menjadikannya jumlah calon Bebas teramai dalam sejarah PRU negara. Pada PRU13 dan PRU14 masing-masing merekodkan 79 dan 24 calon Bebas di kerusi Parlimen.

Selangor merekodkan jumlah calon Parlimen paling ramai iaitu 124 orang, diikuti Sabah (119), Perak (100), Johor (96), Sarawak (92), Kedah (68), Kelantan (63), Pulau Pinang (58), Pahang (55), Kuala Lumpur (52), Negeri Sembilan (35), Terengganu (33), Melaka (25) dan Perlis (13), manakala Putrajaya dan Labuan masing-masing mempunyai enam calon.

Bagi kerusi DUN, Perak mendahului senarai calon tertinggi dengan 220 orang, disusuli Pahang (150), Perlis (64) dan tujuh calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

BN mempertandingkan 117 calon bagi kerusi DUN, manakala PN dan PH masing-masing 116 calon, PEJUANG (45), WARISAN (18) dan Bebas (24).

Pada PRU14, SPR menerima sebanyak 2,333 kertas pencalonan dalam tempoh sejam penamaan calon dengan 687 daripadanya adalah kertas pencalonan bagi 222 kerusi Parlimen dan 1,646 bagi 505 kerusi DUN.

SPR menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November ini. Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini hingga 9 Oktober lalu akan digunakan untuk PRU15.

Ia mengandungi seramai 21,173,638 pemilih yang terdiri daripada 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA), dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.