nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Karnival Anak Muda Gegor Bera sediakan pelbagai aktiviti menarik

8 NOV : Miat Quadra E-Sport Club, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), akan menganjurkan Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR Bera, pada 12 November 2022 (Sabtu), bertempat di Dewan Konvensyen Bera.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Miat Quadra E-Sport Club berkata, karnival ini akan dirasmikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri serta bakal menghimpunkan lebih 2,000 anak muda dari Parlimen Bera dan kawasan sekitarnya.

“Karnival seharian anjuran Miat Quadra E-Sport Club diadakan dengan usahasama PERKESO dan HRDCorp yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Ia menampilkan 3 segmen utama iaitu Acara e-sukan (Santai e-Games), Karnival kerjaya (JaminKerja) dan Konsert Keluarga Malaysia.

“Di samping itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang turut disediakan bagi semua pengunjung yang hadir ke karnival ini seperti ujian pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan motosikal, Foodtruck dan gerai-gerai jualan,” kata Pengerusi penganjur, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal

Acara ‘Santai E-Games’ ini menurut kenyataan itu lagi, akan mencungkil dan menyerlahkan bakat-bakat hebat anak muda e-sukan kita di Bera. E-sukan di Malaysia kini bukan lagi sekadar hobi, malah menjadi kerjaya sukan sehingga melahirkan ramai pemain muda yang berjaya di peringkat antarabangsa.

Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal

“Acara yang julung kali dianjurkan di Parlimen Bera ini menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM25,000, cabutan bertuah bernilai hingga RM3,000 berserta peluang bagi memenangi telefon pintar.

“Acara ini turut mengundang Team Haq Esports Club yang muncul juara perlawanan Liga Profesional Mobile Legend (MPL) MY musim ke-10 baru-baru ini. Team Haq akan mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4, pada tahun hadapan di Jakarta, Indonesia.

“E-sukan adalah instrumen perpaduan yang terbukti berjaya mengeratkan ukhuwah anak muda di Malaysia tanpa mengira fahaman politik, agama dan budaya,” katanya.

Justeru, Miat Quadra E-Sport Club mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan anak-anak muda Bera, kawasan sekitar serta seluruh Malaysia bagi memeriahkan ‘Santai E-Games’ dan Karnival #Keluarga Malaysia: Anak Muda GEGOR Bera.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi saudara Duke di talian 011-29566829 dan saudari Yasmin di talian 017-4820294.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.