nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bilangan penganggur di Malaysia turun 18 peratus

17 NOV : Pasaran buruh terus mencatatkan pemulihan stabil pada suku ketiga 2022 dengan kadar pengangguran berkurangan kepada 3.7 peratus berbanding 4.7 peratus pada suku yang sama tahun lepas dan perlahan-lahan kembali kepada keadaan sebelum pandemik.

Jabatan Perangkaan dalam kenyataan hari ini berkata bilangan penganggur turun 18 peratus kepada 611,800 orang berbanding 746,000 orang pada suku yang sama pada 2021.

“Dari segi penawaran buruh pada suku ketiga 2022, bilangan penduduk bekerja meningkat 3.6 peratus kepada 15.83 juta orang berbanding suku yang sama tahun sebelumnya sebanyak 15.70 juta orang.

“Pertumbuhan guna tenaga yang lebih tinggi daripada penurunan kadar pengangguran menyebabkan bilangan tenaga buruh meningkat 2.6 peratus kepada 16.44 juta orang pada suku itu. Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh terus mengukuh sebanyak 1.1 mata peratusan kepada 69.4 peratus,” katanya.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pada suku ketiga 2022, peralihan negara ke fasa endemik mendorong rakyat Malaysia untuk kembali kepada kehidupan hampir normal selepas dua tahun berjuang melawan pandemik COVID-19.

Mengenai situasi guna tenaga tidak penuh, beliau berkata pengukuhan permintaan domestik sepanjang suku ketiga 2022 menyebabkan bilangan penduduk yang bekerja kurang daripada 30 jam seminggu terus menunjukkan trend penurunan dengan merosot 38.2 peratus berbanding suku yang sama pada 2021, iaitu sebanyak 287,200 orang (suku ketiga 2021: 464,600).

Mohd Uzir berkata bagi prestasi permintaan buruh, jumlah jawatan dalam sektor ekonomi terus bertambah baik dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 3.2 peratus kepada 8.68 juta jawatan (suku ketiga 2021: 8.41 juta), melepasi paras sebelum pandemik.

Beliau berkata prestasi keseluruhan pasaran buruh juga dilihat akan mengekalkan momentum positifnya dan lebih berdaya tahan, memberikan isyarat bahawa pasaran buruh Malaysia semakin pulih didorong perkembangan semasa aktiviti ekonomi.

Bagaimanapun Mohd Uzir berkata pandangan itu tertakluk kepada pelbagai cabaran dalam mengurangkan kesan pertumbuhan yang perlahan dalam ekonomi global dan aktiviti perdagangan serta kesan bencana banjir yang dijangka berlaku.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.