nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN berpotensi menang PRU15, perolehi undi terbanyak

17 NOV : Firma penyelidikan penarafan negara dan industri, Fitch Solutions menjangkakan Barisan Nasional (BN) berpotensi memenangi undi terbanyak dan berkemungkinan besar membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meskipun wujud risiko ketara Parlimen tergantung.

Fitch Solutions dalam satu nota penyelidikan hari ini berkata, terdapat tanda-tanda bahawa momentum politik kini memihak kepada BN selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Di samping itu, ia berkata, BN juga mempunyai kelebihan menjadi gabungan yang paling lama memerintah di negara ini.

“Kami di Fitch Solutions berpendapat bahawa terdapat lebih dua pertiga peluang BN kembali berkuasa di Malaysia, tetapi masih terdapat kemungkinan besar Parlimen tergantung.

“Skor indeks risiko politik jangka pendek Malaysia berada pada 64.8 daripada 100, yang menghampiri paras terendah dalam rekod, mencerminkan ketidaktentuan politik yang tinggi,” katanya.

Manakala peluang Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi PRU15, Fitch Solutions menjangkakan kebarangkalian untuk kedua-dua gabungan itu menang adalah di bawah 25 peratus dengan menyatakan bahawa momentum PH telah menurun sejak memenangi PRU ke-14 (PRU14) pada 2018.

Sementara PN pula, katanya, menunjukkan prestasi buruk pada PRN Melaka dan Johor, yang mana dipercayai perkara sama berlaku pada PRU15.

Fitch Solutions juga menjangkakan kestabilan politik dijangka kembali di Malaysia selepas PRU15 disokong oleh penguatkuasaan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Ia berkata, penguatkuasaan akta itu sekali gus mengekang keruntuhan kerajaan baharu yang dibentuk susulan pembelotan parti.

Katanya, secara teorinya, keadaan itu juga seharusnya membawa kepada penambahbaikan dalam proses penggubalan dasar, mengurangkan keperluan untuk kerajaan baharu yang memerintah memberi sokongan kepada parti yang lebih kecil untuk mengelakkan pembelotan dalam parti.

Malaysia akan mengadakan PRU15 pada Sabtu ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Kesemua 222 kerusi Parlimen dipertandingkan semasa pilihan raya umum, bersama-sama dengan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Perlis dan Perak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.