nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ismail Sabri, beberapa calon BN berjaya rampas, kekalkan kerusi Parlimen

20 NOV : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bera dengan majoriti 16,695 undi pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Beliau menewaskan saingannya Abas Awang dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Asmawi Harun dari Perikatan Nasional (PN).

Ismail Sabri memperoleh 31,762 undi meninggalkan pencabarnya Abas Awang yang meraih 15,067 undi dan Datuk Asmawi Harun dengan 12,719 undi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menang di kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti tipis sebanyak 348 undi.

Ahmad Zahid memperoleh 16,578 undi menewaskan pencabar utamanya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 16,230 undi.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong pula berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Ayer Hitam untuk penggal kelima, apabila berjaya meraih sebanyak 18,911 undi.

Ka Siong memperoleh majoriti 2,963 undi menewaskan calon PH, Syeikh Omar Bagharib Ali yang memperoleh 15,948 undi

Datuk Seri Nancy Shukri tetap mendapat kepercayaan besar untuk menerajui kawasan baharunya di P.193 Santubong, meskipun bertanding di kerusi berbeza daripada kelaziman iaitu di Parlimen Batang Sadong sebelum ini

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum ini memenangi kerusi itu dengan majoriti sebanyak 38,681 dengan jumlah undi yang diperolehi 43,739 atau 84.42 peratus undi.

Calon BN, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menang di Parlimen Kota Tinggi dengan memperoleh 25,410 undian menewaskan dua pencabarnya dengan majoriti 8,390.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said turut berjaya mempertahankan kerusi beliau di Pengerang bagi penggal kelima selepas meraih undi sebanyak 21,738.

Azalina dalam pada itu turut memperoleh majoriti undi sebanyak 5,010 menewaskan calon PN, Fairulnizar Rahmat 16,728 dan calon PH, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh 3,374 undi.

Bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Wee Jeck Seng menang di kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 6,360 undi.

Jeck Seng memperolehi 23,593 undi menewaskan calon dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Lim Wei Jiet (17,233 undi) dan Najwah Halimah Ab. Halim dari PN (13,762 undi).

Pertembungan semula antara Datuk Mohamad Alamin dan Daud Yusof nampaknya berpihak kepada bekas Timbalan Menteri Pendidikan II itu di kerusi Parlimen Kimanis.

Mohamad yang juga penyandang Parlimen Kimanis berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam saingan lima penjuru pada PRU15 kali ini.

Calon BN itu memperolehi 13,004 undi dengan majoriti 3,037, sekali gus menewaskan empat lagi pencabarnya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad menang dengan majoriti 1,821 undi di Parlimen Simpang Renggam.

Mohammed Hasni meraih 18,312 undi, menewaskan penyandang kerusi berkenaan, Dr Maszlee Malik dari PH yang meraih sebanyak 16,491 undi.

Sementara itu di Pontian, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menang di Parlimen itu dengan majoriti 5,758 undi.

Ahmad yang juga penyandang kerusi itu sejak tiga penggal lalu meraih 23,201 undi menewaskan calon PN, Datuk Isa Ab Hamid yang meraih 17,443.

Calon BN di Beaufort, Siti Aminah Aching memang di kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 2,518 undi.

Siti Aminah yang berdepan saingan enam penjuru itu memperoleh keseluruhan undi 10,570 undi menewaskan calon Parti KDM, Johair Mat Lani dengan 8,052 undi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menang di Parlimen Sembrong dengan majoriti 10,880 undi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menang di Parlimen Parit Sulong, dengan majoriti 11,474 undi, selepas memperoleh 25,740 undi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.