nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

STAR sah keluar daripada Perikatan Nasional

5 DIS : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan bahawa partinya telah keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun katanya,  pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Iya (STAR sah keluar dari PN), kita tunggu pengumuman, sebab kalau kau pergi sini saya pergi sana, bererti tidak sehaluan lah tu,”  katanya.

“Itu sahajalah tunggu pengumuman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah (IPS), Timbang Menggaris ke-50 dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) Lahad Datu kali ke-37 dan 38 tahun di Bangunan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu.

Jeffrey yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini melaporkan sudah membincangkan hal itu di dalam Biro Politik STAR.

STAR sebelum ini adalah parti komponen PN yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN-16) pada 2020.

Kini hanya mengganggotai GRS sejak Mac lalu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.

Gabungan itu kini menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus tidak lagi menjadi komponen parti dalam PN yang merupakan “sekutu” mereka sebelum ini.

Sementara itu Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah mengalu-alukan kerjasama kementeriannya dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu, beliau berharap penekanan dasar dan polisi terutama kepada pengeluaran sekuriti makanan dapat diselaraskan sebaik mungkin antara peringkat negeri dan pusat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.