nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Banjir : 3 beradik maut akibat terkena renjatan elektrik

19 DIS : Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah jiran mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di Tumpat, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi itu menyebabkan kesemua mangsa yang berusia di antara 20 hingga 33 tahun meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah jiran, sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.

Ibu mangsa, Zainun Sulaiman, 62, berkata ketiga-tiga anak perempuannya itu masih belum berumahtangga dan sangat rapat.

Katanya lagi, pagi tadi, Nor Syazwani dan Nurul Fatiah yang mana kedua-duanya adalah guru tadika agama di dua premis berasingan sempat memasak nasi goreng dan membuat cucur untuk sarapan sebelum melakukan kerja rumah lain.

“Sakinah pula kurang sihat serta berasa sakit dada dan dia ada berkata mungkin dia nak mati disebabkan sakit itu namun saya memarahinya sambil memberitahu ia sakit biasa sahaja.

“Ketika sedang berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi bising seperti orang menjerit di rumah jiran bersebelahan dan keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya ternampak tiga anak perempuan terbaring di dalam air sebelum diberitahu mereka sudah meninggal dunia kerana renjatan elektrik.

“Saya reda Allah ambil anak saya serentak sebab masa hidup pun mereka memang rapat. Allah nak mereka pergi pun bertiga. Sedih memang sedih, tapi itu kerja Allah, saya reda,” katanya.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

TNB turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video kejadian ini dan membuat spekulasi.

“Beri ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menghormati perasaan serta sensitiviti keluarga mangsa,” kata TNB dalam kenyataan itu.

TNB turut  memutuskan sementara bekalan elektrik di kawasan yang ditenggelami banjir atas faktor keselamatan.

TNB turut menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri atau menyentuh pepasangan elektrik yang ditenggelami banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus.

Sementara itu, TNB meminta orang ramai menghubungi talian 1-300-88-5454 bagi menyalurkan sebarang laporan mengenai pepasangan TNB yang dalam keadaan membahayakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.