nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jika berterusan bergaduh soal PM, ekonomi negara ketinggalan

19 DIS: Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan soal kepentingan kestabilan politik bagi memastikan ekonomi negara membangun selain memberikan keyakinan terhadap pelabur-pelabur.

Menurutnya, dalam tempoh empat tahun ke belakangan ini, Malaysia jauh ketinggalan berbanding empat negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Tegasnya, keadaan ini akibat daripada ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara kita.

“Kalau kita lihat kestabilan politik adalah merupakan bahan yang sangat penting untuk mana-mana negara untuk membangunkan ekonomi.

“Selain pasukan berpengalaman dan kompeten untuk menerajui kerajaan yang stabil, kerajaan itu juga memerlukan pasukan yang berintegriti juga berkredibiliti menerajui pembangunan negara.

“Kita perlu lihat cara kita berpolitik dalam negara ini. Kalau kita berterusan bergaduh soal perdana menteri, isu-isu yang tidak melihat isu rakyat maka akhirnya empat tahun setengah kita membazir masa melihat bagaimana jiran-jiran negara sekeliling kita membangun dengan begitu pesat tapi Malaysia tertinggal di belakang dan terus ke belakang,” katanya ketika membahas usul undi percaya atau keabsahan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut membentangkan angka-angka berkait KDNK negara yang tidak berkembang sejak 2018 dan pelaburan yang menguncup.
Mengulas lanjut beliau turut melahirkan kebimbangan soal Indeks Daya Saing Global (GCI) negara yang jatuh ke tahap 32 berbanding 25 sebelum ini.

“Kalau dibandingkan dengan Indonesia yang duduk di tahap 44, tengok laporan FDI yang Indonesia dapat pada 2018, AS$20.5 bilion dan Malaysia hanya AS$7.6 bilion. Tahun 2019, Indonesia dapat AS$23.8 bilion dan Malaysia hanya AS$7.

“Kemudian tahun 2020 Indonesia membawa AS$18.3 bilion, Malaysia hanya AS$7.3 bilion. Walaupun kedudukan GCI Malaysia lebih baik dari Indonesia tapi jumlah FDI yang berjaya diambil dalam masa empat tahun itu lebih baik dari Malaysia oleh kerana kita tidak dapat menyediakan kestabilan politik di kaca mata pelabur-pelabur,” katanya.

Beliau turut membangkitkan kebimbangannya terhadap kemungkinan negara ini bakal senasib dengan Sri Lanka jika gagal menangani masalah hutang yang sudah mencecah RM1.2 trilion dengan rapi.

Sementara Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ketika berbahas menegaskan kestabilan politik itu sangat diperlukan kerajaan hari ini bagi membuat beberapa keputusan yang sukar pada masa sekarang.

Ini termasuk dalam melindungi, memperkasa dan mengupaya kebebasan institusi-institusi penting supaya Malaysia mempunyai kerajaan yang ada timbang tara serta bebas untuk menjalankan tugas masing-masing.

“Dalam tempoh lima tahun ini saya berharap kita dapat mengalih pergantungan kerajaan dari beberapa sumber kewangan sahaja kepada kombinasi sumber pendapatan yang lebih kukuh, mapan, pelbagai dan progresif.

“Kita perlu mengalih landasan ekonomi Malaysia daripada tersangkut pada ekonomi berasaskan komoditi dan perkilangan nilai rendah semata-mata kepada ekonomi abad 21 berasaskan digital, teknologi, nilai tambah kreativiti dan inovasi.

“(Perlu) membina ekosistem ekonomi yang berlaku adil kepada pekerja-pekerja supaya dari segi upahnya kita berikan upah yang berpatutan dengan kelayakan dan pengalaman supaya rakyat kita mempunyai peluang mobiliti dan kebolehpasaran sehingga ke peringkat antarabangsa,” jelasnya. – Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.