2 FEB: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menyerahkan Surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah
Semporna bagi Pembinaan Semula Jambatan dan Jeti Pulau Pababag yang roboh baru-baru ini.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,peruntukan disalurkan sebanyak RM400,000 bagi tujuan tersebut.
“Ketika saya berada di Negeri Sabah bagi meninjau keadaan banjir di Daerah Pitas pada 30 Januari lalu, saya telah dimaklumkan oleh Ketua UMNO bahagian Semporna Abdul Manan Indanan tentang kejadian jambatan dan jeti kayu yang telah roboh diPulau Pababag, Semporna.
“Saya difahamkan pada ketika itu, terdapat 35 orang murid sekolah dan 2 orang guru
dari kampung sekitar yang baru tiba di jeti untuk ke sekolah di SK Pababag sekitar jam
6.20 pagi,” ujar Timbalan Perdana Menteri itu.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan pihak
KKDW untuk segera berhubung dengan Pejabat Daerah Semporna bagi menyiasat dan
mengambil tindakan segera kerana laluan tersebut adalah laluan biasa bagi urusan
pergerakan harian penduduk termasuk menghantar anak-anak ke sekolah serta Tadika
Kemas, di pulau berkenaan.
” Saya berharap pembinaan jambatan dan jeti ini dapat dilaksanakan segera bagi membantu seramai sekurang-kurangnya 151 orang murid sekolah dan 35 orang murid Tadika Kemas ke sekolah serta penduduk kampung yang terjejas
pergerakan harian mereka, akibat jambatan dan jeti yang telah runtuh tempohari,” kata dalam satu kenyataan hari ini.
