nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pandora Papers: PM jamin tindakan tegas tanpa kira puak

21 FEB:– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua agensi penguatkuasaan yang sedang menyiasat pendedahan Pandora Papers akan bertindak tanpa sebarang sekatan.

Malah tegasnya, tindakan diambil tanpa mengira individu terlibat daripada puak mana sekali pun termasuk yang menyokong kerajaan.

“Agensi penguatkuasaan telah beri laporan tentang kemajuan tindakan malah ada yang sudah dipanggil untuk memberi penjelasan berkenaan bank-bank yang ditubuhkan di luar negara…sumber wang tersebut sedang dalam siasatan.

“Saya puas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil tanpa mengira daripada puak mana, harus ada tindakan yang tegas.

“Sudah ada pendedahan tapi tidak banyak negara yang mempunyai tekad politik mengarah siasatan dan tindakan yang rapi. Alhamdulillah Malaysia antara negara yang memberi arahan cukup jelas supaya diambil tindakan dan menghentikan amalan memunggah, merompak wang negara,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri berhubung pendirian kerajaan mengenai isu Pandora Papers yang timbul semula minggu lalu serta sejauh manakah siasatan dan tindakan susulan oleh SPRM, BNM dan PDRM dilaksanakan.

Pandora Papers mendedahkan mengenai penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit yang antara lain menyebut kira-kira 12 individu Malaysia termasuk empat ahli politik yang didapati menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir bagi menyembunyikan aset bernilai ratusan juta dolar sepanjang 25 tahun lalu.

Dalam pada itu beliau menyeru semua wakil rakyat agar tidak mempertikaikan niat sekiranya siasatan dijalankan terhadap individu tertentu.

“Jumlah daripada laporan GFI dulu sehinggalah Pandora Papers, dari Malaysia itu agak tinggi berbanding jumlah penduduk dan kedudukan ekonomi. Ada yang disebut dari negara besar seperit China, Arab Saudi tapi Malaysia itu ditingkat atas. Maknanya wang yang dibawa keluar dari Malaysia dari sumber-sumber itu dianggap haram kebanyakannya, saya tidak boleh kata semua…dari Malaysia itu agak tinggi.

“Sebab itu arahan saya kepada badan ini untuk teruskan siasatan dengan cukup rapi dan saya mohon semua ahli Parlimen ambil satu sikap ysang tegas. Jangan melindungi, sebaik saja ada siasatan, terus pertikai niat. Kalau ada bukti, ada fakta maka tindakan diambil.

“Kalau tindakan diambil tanpa fakta maka itu boleh dicabar atas salah guna kuasa atau motif politik tapi kalau wang ratusan bilion atau ratusan juta tapi dilindungi kerana dia sokong kita, itu membawa porak peranda dan malapetaka kepada negara,” katanya.

Beliau yang juga menteri kewangan itu berkata kerajaan tidak boleh bertoleransi lagi dengan pihak yang menggunakan nama bumiputera untuk mengaut keuntungan.

“Untuk menghalang tindakan itu daripada berterusan, itulah sebabnya mengapa di kementerian kewangan kita telah tetapkan supaya proses tender it lebih telus. Amalan kononnya nak membantu bumiputera maka disonglapnya wang, ini tidak boleh diizinkan.

“Saya nak jelaskan bahawa ada dasar untuk membantu bumiputera, boleh adakan tender terhad dalam kalangan syarikat bumiputera, itu tidak menghalang tapi tidak boleh digunakan alasan untuk membantu bumiputera untuk meminta syarikat-syarikat itu memberi wang kepada individu atau parti seperti mana amalan yang berlaku sebelum ini. Saya beri jaminan amalan ini dihentikan,” katanya.
Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.