nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cukai Barangan Mewah, perlu lihat mekanisme kata Johari


24 FEB: Mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Mewah dan Cukai Keuntungan Modal seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini perlu diteliti.

Pengerusi Backbenchers, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata semua aspek perlu diteliti bagi mennilai kesesuaian pelaksanaannya.

“Untuk Cukai Barang Mewah, saya tak boleh komen soal strategi mengenakan cukai itu. Begitu juga, mengenakan cukai keuntungan modal kerana saya nak tengok apa itu, barang mewah jenis apa, definisi barang mewah ini perlu dilihat dulu.

Daripada situ kita baru tahu adakah bersesuaian dikenakan cukai yang tinggi.

“Kedua dari segi cukai keuntungan modal syarikat-syarikat yang tidak disenaraikan. Kita nak tahu kaedahnya bagaimana, berapa peratusannya kerana ini mungkin boleh memberi kebaikan kepada kerajaan tetapi untuk pelabur-pelabur yang datang ke negara kita bukan dalam keadaan sebuah syarikat yang disenaraikan negara kita, itu kena tengok mekanismenya,” katanya.

Ahli Parlimen BN Titiwangsa itu diminta mengulas Pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, oleh Perdana Menteri hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Cukai Barangan Mewah termasuk membabitkan jam tangan dan pakaian berjenama bermula tahun ini.

Anwar membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini

Selain itu katanya, kerajaan juga mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.

Tambah Anwar ia merupakan pendekatan progresif kerajaan dalam meluaskan asas cukai kepada mereka yang berkemampuan.

Dalam pada Johari berkata mengembalikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang dilaksanakan kerajaan BN dahulu bakal memberi tekanan.

“Sebab itu apabila tukar kerajaan kita tak boleh ‘rush’ untuk tukar (GST). Waktu kita BN dulu buat GST, memang kita banyak terima tekanan daripada rakyat tetapi jangka masa panjang ia adalah satu sistem cukai yang bagus.

“Tapi kalau dah batalkan, kemudian nak buat balik, kita akan berdepan apa yang kita alami masa kita nak buat dulu. Akan ada peningkatan kos. Ia akan melonjakkan harga barang untuk setahun ataun dua, selepas itu ia akan turun balik kerana mereka dapat pendapatan, kita hapuskan ekonomi gelap,” katanya.

Dalam pada itu beliau mengingatkan kerajaan agar menyediakan pelan luar jangka bagi menghadapi segala kemungkinan pada masa akan datang.
Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.