nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakyat harus bersyukur, ambil iktibar menimpa Palestin

21 APRIL: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat mengambil iktibar dan pengajaran daripada musibah yang menimpa rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Israel terutama daripada aspek kebebasan beragama.

Seri Paduka bertitah rakyat seharusnya bersyukur kerana di negara ini, semua bangsa dan agama bebas untuk beribadat serta menyambut ketibaan hari kebesaran masing-masing dengan penuh kegembiraan dan serba kemeriahan.

“Merentasi pelbagai sempadan dan perbezaan, rakyat Malaysia meraikan kedatangan hari kebesaran pelbagai agama dengan penuh keharmonian serta saling menziarahi.

“Rakyat Malaysia juga boleh meneruskan kehidupan seharian dengan penuh rasa toleransi dan dengan tanpa wujud jurang perbezaan antara bangsa dan agama. Ia merupakan anugerah dan nikmat yang tiada bandingannya daripada ALLAH SWT,” titah baginda dalam perutusan khas Aidilfitri yang disiarkan oleh stesen televisyen dan radio malam ini.

Baginda bertitah, keadaan ini jauh berbeza dengan umat Islam di bumi Palestin bilamana rejim Zionis dengan tanpa rasa bersalah telah melakukan serangan terkutuk ke atas masjid Al-Aqsa ketika umat Islam beribadat di bulan Ramadan.

Al-Sultan Abdullah bertitah bagaikan satu tradisi, saban tahun pada hari-hari terakhir Ramadan dan menjelang Syawal, rejim Zionis akan melakukan provokasi yang melampau kepada umat Islam Palestin.

“Malaysia dan dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap jemaah Palestin serta pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel,” titah baginda.

Sehubungan itu, Seri Paduka bertitah agar semua rakyat menanam iltizam untuk terus bersatu padu dan menjaga fitrah keamanan serta kedamaian di negara tercinta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.