nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Allahyarham Nik Aziz, Kit Siang dapat gelaran Tan Sri

5 JUN: Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang antara 25 individu dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Nik Aziz dan Kit Siang masing-masing sebelum ini merupakan bekas Mursyidul Am Pas dan bekas Penasihat DAP.

Isteri Allahyarham Nik Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak hadir mewakili suaminya menerima darjah kebesaran itu daripada Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua individu itu merupakan antara 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Dalam senarai tersebut, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri.

Turut dikurniakan darjah kebesaran PSM ialah 25 individu lain termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan bekas Menteri Luar, Senator Datuk Seri Anifah Aman.

Selain itu Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A.R. Albar; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz; Panglima Tentera Laut Laksamana, Datuk Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Darat Jeneral, Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman serta komposer Datuk Seri Dr. Ahmad Khan Nawab Khan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican; bekas pemain badminton negara, Tan Aik Huang dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair, Datuk Irwan Shah Abdullah atau DJ Dave merupakan antara 28 penerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) membawa gelaran Datuk.

Empat penerima darjah kebesaran Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran Datuk pula ialah Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman; Ketua Protokol Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar, Mohd. Aini Atan; Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Abdul Halim Hamzah dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Lt. Jen. Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

Seramai 33 individu menerima darjah kebesaran Johan Mangku Negara (JMN) termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Digital, Mastura Ahmad Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Roslan Ariffin.

Bagi penerima darjah kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) pula, 33 individu disenaraikan sebagai penerima antaranya penggiat seni Fauziah Nawi, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof.

Tiga penerima darjah kebesaran Johan Setia Diraja (JSD) ialah Asisten Ketua Staf Tadbir Pangkalan Udara Subang, Brig. Jen. Baharudin Abu Hassan; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, SAC Habibi Majinji dan Timbalan Pengarah (Perisikan Siasatan Khas) Bahagian Perisikan Siasatan Khas Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Sadari.

Seramai 116 individu dikurniakan darjah kebesaran Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) termasuk Pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Dr. Abdul Halim Husain dan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Dr. Ong Shin Ruenn.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.