nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong zahir takziah insiden kepala air

3 JUL : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga 10 mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu semalam.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sepuluh mangsa tragedi itu ialah Azizah Eiyi, 40; Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Muhammad Fikri Saliman, 24.

Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mangsa sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Semalam, media melaporkan 10 individu dengan sembilan daripadanya adalah sekeluarga berasal dari FELDA Lepar Hilir, Kuantan, Pahang, manakala seorang lelaki dari Batu Pahat, Johor dipercayai tunang kepada seorang daripada ahli keluarga itu pergi ke Jeram Air Putih untuk berkelah pada Sabtu, sebelum dihanyutkan arus deras fenomena itu.

Sementara itu Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan penyelamat serta orang ramai yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kesemua mangsa tragedi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, dilaporkan berkata SAR yang bermula semalam membabitkan 30 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (65), Pasukan Gerakan Am (PGA) (46), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (empat), badan bukan kerajaan (empat), pasukan khas teknikal oleh orang awam (sembilan) serta dibantu dua unit anjing pengesan K9 JBPM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.