nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jadikan PRN medan pengukuhan PH-BN

8 JUL : Semua pihak tidak kira Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Harapan (PH) perlu bekerja kuat bagi mengukuhkan kedudukan Kerajaan perpaduan, dan ia perlu dibuktikan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor malam tadi berkata, beliau memberi jaminan untuk kedua-dua parti itu akan menyokong satu sama lain demi misi khidmat untuk rakyat meskipun kerjasama itu pertama kali dalam sejarah negara.  

“Calon PH akan kerja sepenuh hati, calon UMNO pun kita akan menangkan. Dengan segala daya usaha kita akan buktikan kepada mereka yang cuba porak perandakan perpaduan kita, yang kerajaan ini akan kekal kukuh dan kuat dalam negara,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan beberapa lagi pimpinan UMNO dan Pakatan Harapan.

Beliau dalam masa yang sama turut meluahkan penghargaan terhadap seluruh pasukan kerajaan perpaduan yang dilihat berjaya mempertahankan prinsip bebas rasuah dan tatakelola yang baik sepanjang lapan bulan berkhidmat.

Mengulas lanjut mengenai ‘peluru’ yang sering menjadi naratif pembangkang untuk mengasak kerajaan perpaduan, Anwar berkata isu hubungan baiknya dengan UMNO serta Ahmad Zahid sudah tidak lagi relevan.

Ia ditambah pula apabila ramai pimpinan pembangkang juga terpalit dengan pelbagai kes mahkamah.

“Ini bukan pertarungan politik biasa. Mengapa benci sangat dengan UMNO? Sudah lapan bulan kita bekerjasama, saya beritahu Perikatan Nasional, boleh tak menteri dia dulu cakap, satu kepentingan pun tak ambil?

“Mereka (pembangkang) takkan berani sebut. Lapan bulan kita mentadbir, kita jaga tata kelola, kita lawan rasuah habis-habisan. Saya salute Ahmad Zahid dan pasukan Kerajaan Perpaduan pertahankan prinsip ini.

“Mereka sakit hati Anwar baik dengan Zahid, katanya ada kes mahkamah. Ya betul, ketua kamu pun ada kes mahkamah juga,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan beliau tidak mempunyai masalah menerima kritikan yang berkaitan dengan prestasi kerajaan perpaduan, namun ia harus dilakukan dengan fakta yang betul dan bukan serangan berbentuk peribadi.

“Kata mereka saya kena pilih, nak jadi perdana menteri ke nak jadi penyanyi? Saya Perdana Menteri, sesekali nak menyanyi, kenapa nak sibuk?

“Mereka kata, nak jadi selebriti atau Perdana Menteri, atau nak bercakap di universiti. Apa masalahnya?

“Kalau nak kritik dasar saya tak betul, dasar ekonomi tak betul, pelaburan tak sampai, saya boleh terima tapi bukan begitu.

“Yang ada tak habis-habis fitnah, kata Islam, pakai jubah, serban tapi fitnah. Bukan seorang (yang buat) tapi ramai,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.