nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dasar kenaikan gaji sedang dirangka

13 JUL : Beberapa pilihan dasar sedang dirangka untuk dibentang kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebagai strategi terbaik untuk meningkatkan gaji rakyat.

Perkara itu sedang diusahakan Kementerian Ekonomi kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dimana menterinya, Rafizi Ramli berkata, sesi libat urus dengan pemegang taruh utama iaitu kerajaan, majikan dan pekerja akan diadakan untuk mendapatkan pandangan semua pihak.

“Butiran dan mekanisme dasar akhir akan diputus berdasarkan pertimbangan menyeluruh termasuk kemampuan dan kesan kos kepada sektor swasta, pelaksanaan secara berperingkat dan persetujuan bersama tiga pihak antara kerajaan, majikan dan pekerja,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) hari ini yang mendakwa perkara dasar berkaitan gaji adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia bukannya Kementerian Ekonomi.

Pada Ahad lepas, Rafizi berkata sektor swasta diharap turut komited membantu kerajaan merealisasikan Dasar Gaji Progresif membabitkan sektor swasta dan awam bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang antara lain bertujuan merapatkan jurang ketara antara pertumbuhan gaji dan kenaikan kos sara hidup.

Rafizi berkata Kementerian Ekonomi sememangnya bertanggungjawab menguruskan perancangan ekonomi negara secara menyeluruh namun sementara usaha memperbaiki struktur ekonomi lain diteruskan, ia juga akan memberi penekanan kepada aspek kenaikan gaji pekerja yang adil kepada semua pihak.

Beliau berkata gaji yang tidak setara dengan kos sara hidup adalah isu pokok yang menjadi penghalang kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi manakala kebergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah juga antara punca gaji yang tidak seimbang dengan nilai hasil pekerja di dalam ekonomi.

“Nisbah gaji pekerja (CE) Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar bagi tahun 2019 adalah 35.9 peratus, jauh lebih rendah daripada negara maju lain seperti Jerman (59.4 peratus), United Kingdom (55.5 peratus), Australia (46.9 peratus) dan Republik Korea (46.8 peratus).

“Kadar gaji penengah benar dan gaji kemasukan baharu telah merosot selepas pandemik dan kekal lebih rendah berbanding tahap sebelum pandemik,” katanya.

Rafizi juga berkata mandat Kementerian Ekonomi ialah menyelesaikan isu struktur ekonomi yang boleh memperlahan pertumbuhan ekonomi negara seperti itu.

Katanya pertumbuhan gaji juga antara fokus utama reformasi struktur untuk mencapai sasaran CE negara seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.