nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tarif Elektrik Hijau naik bermula Ogos ini

14 JUL : tarif premium baharu bagi program Tarif Elektrik Hijau (GET) telah ditetapkan kerajaan pada kadar 21.8 sen/kWj bermula 1 Ogos depan, naik berbanding 3.7 sen/kWj sebelum ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penetapan kadar baharu itu berdasarkan penanda aras harga runcit bekalan elektrik hijau.

“Dengan sambutan yang menggalakkan dan pengiktirafan antarabangsa, kerajaan sedar kepentingan untuk mengekalkan keyakinan pengguna terhadap program GET.

“Oleh itu, NRECC bersama Suruhanjaya Tenaga meneliti semula pengoperasian dan prinsip asas bagi langganan program GET bagi memastikan ia selaras dengan tuntuan umum komitmen amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) diperlukan oleh syarikat korporat,” katanya pada sidang media, hari ini.

Tarif Elektrik Hijau adalah satu inisiatif strategik kerajaan dalam menawarkan bekalan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) bercirikan hijau dan mesra alam kepada pengguna yang berhasrat mengurangkan jejak karbon.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi bagaimanapun berkata, kadar tarif premium GET sedia ada iaitu 3.7 sen/kWj akan dikekalkan sehingga 31 Julai ini dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melakukan penyesuaian terhadap bil elektrik bagi pengguna yang terbabit.

Katanya, pengguna yang melanggan program GET juga tidak akan dikenakan caj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) kerana penjanaan daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) tidak membabitkan penggunaan bahan api fosil.

“Had kouta 30 peratus langganan GET sebelum ini dimansuhkan dan pelanggan boleh melanggan sehingga 100 peratus keperluan tenaga tetapi bergantung kepada jumlah kuota sebanyak 6,600 GWj.

“Hasil kutipan daripada pelaksanaan program GET ini akan digunakan untuk tujuan pembangunan dan peningkatan kapasiti baharu TBB dalam sistem pembekalan elektrik negara,” katanya.

Beliau berkata, dengan ketetapan baharu itu, kerajaan berharap pengguna akan mempunyai keyakinan lebih tinggi terhadap GET kerana proses penawaran dan kendalian program berkenaan dilaksana berasaskan prinsip sistem penjanaan dan pembekalan elektrik hijau.

Katanya, langganan GET turut memberikan nilai tambah dalam menyokong usaha peralihan tenaga negara melalui pembangunan dan peningkatan kapasiti baharu TBB dalam pembekalan elektrik negara.

“Mengambil kira ketetapan baharu ini akan membabitkan peningkatan kepada tarif premium baharu, pengguna sedia ada akan diberi tempoh sehingga 31 Julai ini untuk mengesahkan semula langganan dan pengguna yang tidak memberikan sebarang pemakluman akan ditamatkan langganan secara automatik,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.