nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hampir sejuta kematian menjelang 2035 jika TB tidak dicegah

21 JUL:  Kegagalan melaksanakan pengesanan dan pencegahan kontak tuberkulosis (TB) boleh menyebabkan hampir sejuta kematian menjelang 2035.

Perkara itu dimaklumkan inisiatif inovasi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan menjelaskan, pelaksanaan strategi gabungan iaitu mengenal pasti kontak rapat dan menyediakan rawatan pencegahan TB merupakan langkah yang berkos efektif.

Menurut laporan lapor Agensi Berita Emirates (WAM), langkah itu mampu mengurangkan 35 kematian dalam kalangan kontak pesakit dan penghidap HIV dalam tempoh 12 tahun akan datang.

Kajian bersama UNITAID, Universiti John Hopkins di Amerika Syarikat dan Institut Aurum itu mendapati strategi ini boleh menyelamatkan 850,000 nyawa menjelang 2035, yang kebanyakannya mungkin dalam kalangan kanak-kanak memandangkan kadar identifikasi rendah semasa bagi yang berumur di bawah 15 tahun.

Menurut kajian itu, kegagalan untuk melaksanakan gabungan intervensi ini akan mengakibatkan hampir sejuta kematian menjelang 2035.

“Pada masa ini, terlalu ramai ahli keluarga mereka yang didiagnosis dengan TB tidak mendapat rawatan mengakibat banyak nyawa terkorban,” kata ahli fakulti di Johns Hopkins, Tess Ryckman.

TB kekal sebagai penyakit berjangkit yang menyebabkan kematian tertinggi di dunia walaupun ia boleh dicegah dan disembuhkan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kira-kira satu perempat daripada penduduk dunia dijangkiti TB dan berisiko menyebarkan penyakit aktif, menyebabkan penyakit yang teruk.

Selepas beberapa siri rundingan yang diketuai oleh UNITAID, kos rawatan berkurangan lebih 70 peratus sejak 2017, menjadikan penyakit itu lebih mudah dicegah dan diubati.

Selain kos berpatutan, rejimen rawatan baharu yang lebih pendek bermakna jangkitan TB boleh disekat, sebelum berkembang menjadi penyakit aktif, menurut UNITAID.

Kajian mendapati penyediaan 3HP, kursus rawatan selama 12 minggu, boleh menghasilkan anggaran pengurangan 13 peratus dalam bilangan kontak yang menghidap TB.

Sempena Mesyuarat Peringkat Tinggi PBB kedua mengenai TB pada September ini, UNITAID menggesa komitmen dan sokongan kewangan segera dalam pencegahan penyakit dan kematian akibat TB.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.