nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Suasana pilu selubungi pemergian Allahyarham Salahuddin

24 JUL : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai satu kehilangan besar dirinya dan keluarga.

Katanya, beliau amat terkesan dengan berita pemergian sahabatnya yang setia dalam perjuangan selama ini.

“Saya amat terkesan tatkala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan juga seorang sahabat yang setia Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah pergi dijemput Allah SWT hari ini (semalam),” katanya menerusi laman sosial Facebook, malam tadi.

Tambah Anwar, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang mempunyai sikap keperibadian yang tinggi terhadap kawan mahupun lawan.

“Beliau dikenali kerana punyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab. Berehatlah, sahabatku. Semoga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi buat keluargamu, mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah,” jelasnya lagi.

Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang merendah diri dan sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan.  

“Seorang rakan kabinet kerajaan Perpaduan yang sangat saya hormati, berperwatakan rendah diri, sentiasa komited dan berdedikasi di dalam melaksanakan tanggungjawab beliau. Sehingga hujung nyawa beliau prihatin dan terus berjuang memikirkan kesejahteraan rakyat. Negara kehilangan pemimpin hebat,” ujarnya.

Dilaporkan jenazah Allahyarham tiba di kediaman ibunya di Tanjung Piai pada jam 3.35 pagi.

Terdahulu, jenazah Salahuddin yang dibawa menaiki pesawat khas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Alor Setar, Kedah, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai, pada jam 2.30 pagi.

Jenazahnya kemudian dibawa menaiki van jenazah ke kediaman ibunya, Aminah Abdullah, di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai.

Ziarah akan dibuat sehingga jam 10 pagi ini di kediaman Allahyarham sebelum memulakan majlis solat jenazah di Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadot, Serkat, Pontian, Johor jam 11 pagi nanti.

Ia kemudiannya diteruskan dengan majlis pengebumian pada jam 12 tengah hari di Tanah Perkuburan Jalan Sulong.

Allahyarham Salahuddin yang dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sejak Jumaat lalu menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.23 malam Ahad.

Allahyarham sebelum ini dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Allahyarham bagaimanapun telah selamat menjalani pembedahan pada pagi Sabtu dan berada dalam keadaan stabil di HSB. Bagaimanapun Allahyarham ditidurkan dan dipantau rapi di ICU.

Dalam perkembangan yang sama pada ketika ini, turut kelihatan Presiden Parti AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu juga hadir menziarah jenazah Allahyarham Salahuddin pada jam 3.35 pagi tadi.

Veteran DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan turut berkata, negara kehilangan seorang pemimpin yang sangat mudah didekati dan menjaga kepentingan semua rakyat tidak mengira bangsa dan kaum.

“Salahuddin adalah yang paling mudah didekati dan rendah hati yang boleh menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa atau agama. Jika Malaysia ingin bangkit semula dan menjadi negara hebat bertaraf dunia, kita memerlukan lebih ramai Salahuddin Ayub.. baik dalam arena politik mahupun arena lain dalam negara,” katanya.

Allahyarham meninggalkan enam cahaya mata hasil perkahwinan dengan isterinya, Datin Seri Fatimah Taha.

Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sejak tahun 2015.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan ke-15 lalu, Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram di Muar.

Sebelum dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.