nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

LHDN tawar ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT

26 JUL: Pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran untuk amaun tunggakan cukai pendapatan (CP) dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikenakan kenaikan cukai.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), permohonan bagi bayaran ansuran itu boleh dibuat bermula 6 Jun lepas hingga 31 Mei 2024, iaitu sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 berlangsung.

PKPS 2.0 ialah inisiatif LHDN untuk menyokong rukun pemampanan dalam pentadbiran percukaian negara dan memberi peluang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela bagi melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur.

LHDN menjelaskan permohonan bayaran secara ansuran boleh dibuat secara bertulis dan dikemukakan di pejabat LHDN berhampiran atau secara dalam talian menerusi platform MyTax melalui portal rasmi LHDN, https://www.hasil.gov.my/.

“Sebagai maklumat tambahan, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan bagi permohonan ini sekiranya penyelesaian amaun dibuat dalam tempoh pelaksanaan PKPS 2.0,” menurut LHDN.

Pembayar cukai turut akan diberikan kelonggaran pelepasan sementara sekatan perjalanan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi bayaran ansuran tunggakan cukai yang dibuat secara konsisten dan mematuhi jadual bayaran.

LHDN memberitahu kegagalan mematuhi syarat bayaran yang telah ditetapkan boleh mengakibatkan kenaikan cukai dikenakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.