nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi Madani: Impak Positif kepada rakyat


28 JUL: Kerangka ekonomi baharu, Ekonomi MADANI yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilihat membuka lembaran baharu terhadap ekosistem ekonomi di negara ini.

Profesor Dr Abdul Rahim Abdul Samad dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata kerangka itu mencakupi semua sektor yang utama yang penting termasuk digital, teknologi dan pertanian negara.

“Tidak dinafikan ia (Ekonomi MADANI) akan memberi manfaat kepada rakyat. Kita lihat destinasi pelaburan, industri digital, keterjaminan makanan dan banyak lagi…secara jelas insya-Allah ia akan beri manfaat.

“Ia juga dapat beri impak kepada kualiti hidup, standard kehidupan, kesaksamaan peluang pendidikan malah kesihatan juga tidak dilupakan. Dengan ini, inflasi dan kestabila harga Insya-Allah dapat diatasi. Data terbaharu inflasi pun menunjukkan penurunan sedikit,” katanya kepada BBC Portal.

Dr Abdul Rahim Abdul Samad

Dalam pada itu, beliau melihat menjadi keperluan juga untuk kerajaan memberi penekanan terhadap pertanian untuk mencapai ‘sifar import’ dalam industri padi negara.

“Dari segi sekuriti makanan sekarang yang khusus pada sektor pertanian. Negara kita memang bermula dari pertanian. Kerajaan perlu beri penekanan mikro yang khusus kepada pertanian ini, kita perlu mencapai ‘zero import’.

“Dari dulu hingga sekarang kita tidak terlepas daripada import, yang kurang itu kita import. Jadi kenapa tidak wujudkan pengkhususan yang boleh dimasukkan dalam kerangka ini, kita letakkan ‘zero import’ untuk beras misalnya. Kalau dapat capai ‘zero import’ ini, ia satu pencapaian yang sangat bagus,” tegas beliau.

Malah katanya ia tidak mustahil untuk dilaksanakan namun kerajaan perlu pastikan infrastruktur berkaitan disediakan sebaiknya dan menggembleng tenaga dengan semua pihak.

“Tidak mustahil untuk kita capai kerana kita hanya import sekitar 30% ke 35% jadi kita cuba jadikan 0%. Kita boleh sasar capai dalam kurang lima tahun, jangka pendek saja.

“Gembeleng semua sumber yang ada, naik taraf infrastruktur, cari lokasi terbaik, dapatkan jenis padi yang bagus kemudian baru kita boleh capai,” katanya.

Malah katanya, kini input baja padi juga kita bergantung kepada import maka pihak terlibat boleh mencari cara untuk mengurangkan kebergantungan tersebut.

“Bagaimana kita nak capai tahap sara diri jika kita masih bergantung pada import. Jika kita dapat capai 100% pengeluaran sektor makanan untuk komoditi tertentu, barulah kemampanan itu lebih mantap.

“Apa-apa pun bermula dengan sektor makanan. Kalau mantap untuk domestik maka sektor yang lain akan turut mantap dan memberi lonjakan ekonomi tetapi kalau kita masih import, ia tidak mampan. Sebahagian input baja digunakan adalah daripada import. Jadi kalau boleh kurangkan kebergantungan import itu,” katanya.

Selain itu, beliau menyarankan kerajaan memberi perhatian terhadap isu kritikal berkait ketidakpadanan pekerjaan yang dihadapi graduan hari ini.

“Ya, sudah tentu dalam kerangka ini kerajaan akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan di mana ia fokus kepada mengatasi masalah pengangguran tapi isu ketidakpadanan pekerjaan ini masih berleluasa. Ia sangat kritikal.

“Jika isu ini berterusan kita tidak dapat mencapai keterjaminan dan kemampanan ekonomi. Ia akan jadi penghalang,” katanya.

Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.