nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Azam Baki hubungi saya, ada kes besar libatkan menantu Muhyiddin’

9 OGOS : Perdana Menteri mendedahkan yang beliau menerima panggilan telefon daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Muhammad Adlan Berhan.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi, ia melibatkan kes besar berhubung penyelewengan projek.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika menghubunginya berkata, Muhammad Adlan mengingkari janji untuk pulang ke tanah air selepas dibenarkan keluar negara atas urusan tertentu.

“Tadi perjalanan saya dari Sungai Long ke Cuah, Port Dickson, dapat panggilan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM (Azam maklumkan) menantu dia (Muhyiddin) lari, saya kata lari di mana?

“Saya tanya kes ini kes kecil ke kes besar, dia (Azam) kata kes besar. Sudah siasat, dah bagi notis, dah.

“Kemudian (saya tanya) macam mana dia (Muhammad Adlan) boleh keluar negara? Dia (Muhammad Adlan) kata dia nak keluar, dia nak balik (semula ke Malaysia), tapi dia tak balik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

SPRM sebelum ini dilapor mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, dua individu yang dikesan itu ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, manakala individu kedua, Mansoor Saat, 69, yang beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

Muhyiddin turut dilaporkan selepas itu enggan memberikan sebarang komen berhubung status menantunya, Muhammad Adlan yang dicari SPRM.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau tidak mahu menjatuhkan hukuman terlebih dahulu kepada menantu Muhyiddin itu, sebaliknya menyerahkan kepada badan kehakiman bagi menentukan sama ada Muhammad Adlan bersalah atau tidak.

“Dia tak balik apa jadi, kita bagi notislah. Tapi itu tak apalah proses siasatan hakim memutuskan, kita belum tahu (bersalah ataupun tidak), cuma dia (SPRM) kata ada kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan menerusi peguamnya, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, beliau tidak melarikan diri daripada pihak berkuasa negara ini dan akan pulang untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, anak guamnya yang sudah memberikan tarikh kembali ke tanah air, terkesan dengan tindakan SPRM ‘memburu’ dan menuding jari terhadapnya sehingga merugikan beliau.

Katanya, sehingga kini Muhammad Adlan tidak menerima jawapan rasmi daripada SPRM.

“Anak guam kami secara mutlak, menyatakan beliau tidak bersalah dan berhak untuk tidak dibicarakan di mahkamah umum oleh mana-mana agensi penguatkuasaan. Beliau bersedia membantu sebarang siasatan dan percaya kepada proses kehakiman tetapi pada masa sama, ia perlu melindungi hak dan kebebasannya mengikut undang-undang.

“Anak guam kami menyatakan bahawa beliau pasti akan pulang ke Malaysia secepat mungkin untuk menjawab semua persoalan dan membantu SPRM dalam sebarang siasatan selagi mana tiada unsur ancaman dan penganiayaan terhadapnya.

“Anak guam kami juga ingin menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak memulakan tindakan yang perlu untuk melindungi, memelihara dan membela haknya seperti yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.