nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPRM bakal minta bantuan Interpol kesan menantu Muhyiddin

9 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal minta bantuan Pokis Antarabangsa (Interpol) , Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengesan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Muhammad Adlan Berhan, 48, dan peguam, Mansoor Saat, 69, yang kini berada di luar negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya akan meminta bantuan pihak berkuasa berkenaan bagi mengesan dua individu tersebut.

Beliau berkata, pihaknya akan memohon notis merah kepada Interpol supaya menyenaraikan kedua-dua individu terbabit jika masih gagal dikesan.

“Kami (SPRM) percaya kedua-dua individu terbabit berada di luar negara namun tidak dapat mendedahkan keberadaan mereka.

“Tindakan itu akan dibuat dalam tempoh terdekat ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 BIL. 2/2022 di Padang Kawad, Menara Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Dalam masa sama, SPRM turut meminta kerjasama JIM bagi membekukan pasport kedua individu tersebut.

Tambah beliau, jika terdapat keterangan diperlukan daripada Muhyiddin, SPRM akan turut memanggil beliau berhubung siasatan tersebut.

“Ia bergantung, jika ada keterangan (Muhyiddin) yang diperlukan,” katanya.

Terdahulu, SPRM dalam kenyataannya memaklumkan, sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Hasil semakan SPRM dengan JIM, kedua-dua penama berkenaan telah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lalu serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.