nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga pertuduhan rasuah ke atas Muhyiddin masih kekal : AG

15 Ogos : Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berhadapan dengan tiga pertuduhan di mana sebutan kes ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 19 September ini.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata tiga pertuduhan itu di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Pendakwaan ingin menjelaskan bahawa permohonan yang telah diputuskan oleh Mahkamah (Tinggi Kuala Lumpur) sebentar tadi hanyalah berkenaan dengan empat pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM sahaja.

“Manakala tiga lagi pertuduhan di bawah AMLA ke atas Tan Sri Muhyiddin masih kekal dan tarikh sebutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ialah pada 19 September 2023,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membebaskan Muhyiddin setelah mendapati keempat-empat pertuduhan dihadapi Presiden Bersatu itu adalah kabur dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.

Muhyiddin ketika menjawat sebagai perdana menteri didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff bagi Bersatu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral antara 25 Februari 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 23(1) akta itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.