26 MEI : Pakistan menegaskan tidak tidak akan menyertai Perjanjian Abraham untuk menormalisasikan hubungan diplomatik dengan Israel.
Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif berkata pendirian itu selaras dengan prinsip dan dasar luar Pakistan.
“Kami mempunyai pendirian jelas bahawa perkara ini tidak boleh diterima,” katanya dalam temu bual dengan televisyen tempatan.
Kenyataan itu susulan gesaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mahu lebih banyak negara menyertai usaha normalisasi hubungan dengan Israel.
Trump membuat gesaan terhadap beberapa negara termasuk Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Pakistan, Turkiye, Mesir dan Jordan untuk menyertai perjanjian itu melalui hantaran di Truth Social.
Menurutnya, penyertaan negara-negara itu dalam pakatan global boleh menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan keselamatan di Asia Barat.
Bagaimanapun, pendirian Pakistan menunjukkan cabaran diplomasi yang dihadapi Washington dalam usaha mendapatkan sokongan negara Islam utama untuk mengubah dasar luar mereka terhadap Israel.