nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mohammad TKM I, Jagdeep TKM II Pulau Pinang

16 Ogos : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung daripada PKR, Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan ADUN Datok Keramat daripada DAP, Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan II Pulau Pinang, hari ini.

Kedua-duanya mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak jam 10.20 pagi disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Mereka merupakan antara 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Kerajan Negeri Pulau Pinang baharu yang dilantik termasuk seorang wakil daripada Barisan Nasional (BN) yang kembali dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas 15 tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh dari BN, Rashidi Zinol dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar.

Pelantikan Mohammad sebagai Timbalan Menteri I sekali gus menamatkan spekulasi sebelum ini bahawa ADUN Bertam yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan dilantik memegang jawatan berkenaan.

Mohamad yang juga Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang juga memikul tanggungjawab Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat.

Sementara Jagdeep pula  turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi.

Turut dilantik semula sebagai Exco pada penggal ini ialah ADUN Tanjong Bungah, Zairil Khir Johari yang akan mengetuai Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital.

Dalam pada itu, ADUN Paya Terubong, Wong Hon Wai yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian pada 2008 kali ini diberi tanggungjawab mengetuai Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif.

Tiga ADUN yang berjaya mengekalkan kemenangan pada pilihan raya kali ini iaitu Lim Siew Khim (Sungai Pinang); H’ng Mooi Lye (Jawi) dan Daniel Gooi Zi Sen (Padang Lalang) turut dilantik dalam barisan pentadbiran Chow Kon Yeow sekali lagi.

Siew Khim dilantik mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Mooi Lye akan mengetuai portfolio Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa manakala Daniel Gooi akan mempengerusikan Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan.

ADUN Perai, Datuk Seri S Sundarajoo (Perai) dilantik mengetuai Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar manakala ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol pula diberi tanggungjawab mengetuai Jawatankuasa Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi.

Gabungan PH dan BN berjaya menguasai 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dengan DAP berjaya mengekalkan kemenangan di 19 kerusi DUN ditandingi parti itu manakala PKR menang tujuh daripada 13 kawasan ditandingi dan BN memperoleh dua kerusi serta AMANAH mengekalkan satu kerusi iaitu Bayan Lepas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.