nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nahas pesawat: PM, MB ucap takziah buat keluarga mangsa

17 Ogos : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan itu.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi. Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya.

Selain itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail  turut  merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Beliau menyifatkan Pahang kehilangan seorang pemimpin yang  banyak menabur khidmat bakti untuk rakyat negeri itu.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta keluarga semua mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan semua ahli keluarga tabah dengan ujian itu.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Takziah buat semua keluarga mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina petang tadi. Semoga keluarga mangsa tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut merakam ucapan takziah menerusi ciapan di Twitter.

Katanya, kejadian tersebut tentunya memberikan kesan emosi kepada seluruh keluarga mangsa terlibat.

“Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian ini,” katanya.

Amirudin turut mengingatkan orang ramai tidak menggunakan media sosial untuk menyebar sesuatu berita tidak sahih.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut termasuk seorang kenamaan dalam nahas pesawat itu.

Menurut Hussein, lapan daripada mereka ialah enam penumpang dan dua kru pesawat manakala dua lagi adalah orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. OLEH AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.