nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nahas pesawat: Johari disenangi dan dihormati

18 Ogos : Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun adalah seorang yang tegas, komited bekerja serta sangat prihatin dengan kebajikan rakyat dan rakan.

Keperibadiannya menjadikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai itu seorang yang disenangi dan dihormati ramai.

Pemergian beliau dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina di Shah Alam, semalam mengejutkan banyak pihak.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata tokoh korporat berusia 53 tahun itu adalah seorang yang lembut tutur katanya dan menghormati orang lain terutama mereka yang lebih tua serta berpengalaman.

“Kami ibarat abang dan adik, sangat rapat kerana berada dalam UMNO. Selepas dilantik sebagai Exco Pahang, kami juga banyak berbincang kerana ada portfolio beliau disandang oleh saya sebelum ini.

“Malah kami sepatutnya ada perbincangan semalam memandangkan kedua-dua kami ada urusan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang namun tidak kesampaian kerana Allahyarham terus keluar walaupun pada awalnya sudah berkata ok…mungkin beliau mengejar masa,” katanya, lapor Bernama.

Sementara Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Piatu di Bentong, Amir Rozaini Abdul Rani pula berkata Allahyarham seorang yang teliti dan akan memastikan setiap tugasan diselesaikan segera terutama jika membabitkan kebajikan murid.

Berkongsi cerita, Amir Rozaini berkata Johari pernah hadir merasmikan majlis di sekolah dan ketika itu beliau meminta bantuan untuk menambah laluan beratap bagi kemudahan murid dan tanpa disangka, pihak berkaitan hadir bagi tindakan susulan dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun, Amir Rozaini berkata, tindakan segera itu bukan perkara luar biasa kerana ia adalah keperibadian Allahyarham sejak beliau bekerja sebagai setiausaha kerja kepada Johari selama dua tahun bermula pada 2008.

“Ketika itu, Allahyarham adalah Ketua Pemuda UMNO Bentong dan mudah bergurau dengannya. Tapi semakin meningkat usia dan bertambah tanggungjawab, beliau lebih tegas terutama semasa bekerja dan kena sentiasa bersedia dengan jawapan kerana beliau sering membuat susulan bagi kerja yang diberikan.

“Namun begitu sikap prihatinnya masih kuat. Jika mendengar ada kematian atau ada yang sakit, beliau sedaya upaya akan hadir bertemu atau jika tidak, akan menghantar wakil,” katanya.

Amir Rozaini berkata beliau baru bertemu dengan Johari pada Selasa di sebuah majlis di Bentong ketika Allahyarham menyerahkan cek sumbangan kerajaan negeri untuk kegunaan sekolah dan berkali-kali berpesan supaya wang itu digunakan sebaiknya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa menyifatkan Johari yang dikenalinya seorang yang kerap berpesan mengenai kepentingan berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat.

“Ini peringatan yang kerap diberikan setiap kali berjumpa atau pada majlis melibatkan bomba. Sebelum dilantik sebagai Exco, beliau ada bertanya mengenai kebajikan kami dan keprihatinan itu semakin bertambah bila kami ini secara rasminya berada di bawah portfolio Allahyarham,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Johari sambil menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang komited dengan amanah yang diberikan walaupun masih baru menyandang jawatan dalam kerajaan negeri.

Johari, yang berada dalam senarai penumpang adalah seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, petang semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.