nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pekerja p-hailing antara mangsa pesawat terhempas di Elmina

18 Ogos : Penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam petang semalam merupakan seorang pekerja p-hailing.

Mangsa, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 kebetulan lalu ditempat kejadian ketika pesawat malang itu terhempas di lebuh raya Guthrie.

Menurut adiknya, Norhikmah, 26 keluarganya dimaklumkan mengenai identiti Allahyarham abangnya itu melalui panggilan telefon selepas solat Maghrib, petang semalam.

Norhikmah berkata dia sekeluarga terkejut dengan insiden menimpa abangnya itu, namun reda dengan ketentuan Illahi.

“Ibu dan ayah pesan supaya kami reda dengan pemergian abang, meminta kami semua doakan supaya semua urusan beliau dipermudahkan.

“Kami sekeluarga (dari Kedah) menuju ke HTAR di Klang bagi urusan pengecaman arwah abang.

“Jenazah abang akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Taman Sidam Kiri, Sungai Petani, sejurus selesai semua prosedur,” katanya lapor BH, malam tadi.

Norhikmah berkata Muhamad Hafiz yang juga anak sulung daripada lima beradik itu ada menyatakan hasrat pulang ke kampung bagi membuat persiapan kenduri ketika menghubungi bapanya, minggu lalu.

“Abang ada kata mahu pulang 20 Ogos ini, kami sekeluarga mahu buat persiapan sempena perkahwinan kakak yang dijadual berlangsung 26 Ogos.

“Namun, Allah lebih menyayangi abang. Walaupun seorang yang pendiam dan tegas, tetapi dia sangat penyayang,” katanya.

Selain Muhammad Hafiz, seorang lagi pemandu kereta yang juga kebetulan melalui lokasi tersebut ketika nahas berlaku turut dilaporkan meninggal dunia.

Pesawat ringan yang  membawa enam penumpang dan dua kru itu berlepas dari Langkawi, Kedah dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang namun terhempas dua minit sebelum mendarat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.