nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Komponen BN perlu bersatu raih semula sokongan rakyat

21 OGOS: Perpaduan antara parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu terus diperkukuh bagi memastikan parti tetap kuat dan stabil untuk terus memberi khidmat terbaik serta mendapat semula sokongan rakyat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata, komitmen yang tinggi dari komponen di setiap peringkat sangat diperlukan bagi menghadapi situasi ini.

“Kesemua parti tetap berkongsi objektif dan matlamat sama iaitu membuktikan kepercayaan diberikan rakyat dengan menunaikan tanggungjawab serta amanah sebaiknya.

“Oleh itu komitmen yang diperlukan bukanlah dari pihak atasan sahaja malah di semua peringkat tidak kira nasional, negeri, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) wajib kita susun semula untuk kembalikan keyakinan rakyat terhadap gabungan komponen ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pelancaran pembinaan bangunan baharu MIC di ibu kota, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengakui kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai jalan terbaik bagi memulihkan semula imej gabungan itu yang belum mendapat dukungan rakyat sepenuhnya semasa PRN lalu.

Jelas beliau, kombinasi bersama PH belum dilihat berjaya namun beliau yakin gabungan tersebut mampu meraih sokongan rakyat pada masa akan datang.

“Tempoh gabungan ini baru sahaja terjalin selama 9 bulan. Banyak perkara lagi yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan gabungan ini.

“Saya yakin BN akan naik semula dengan usaha sama bersama PH dan cabaran (penolakan rakyat) ini kita dapat atasi, “ katanya.

Keputusan PRN baru-baru ini menunjukkan status quo di enam negeri dan gabungan BN-PH berjaya mengekalkan pentadbiran di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Terdahulu, Kerajaan Perpaduan dibentuk sebagai langkah mengakhiri kemelut ketidaktentuan politik dan Parlimen tergantung yang tidak pernah berlaku selepas PRU15, November lalu.

Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri bersama gabungan PH, BN dan tiga parti lain (GPS, GRS dan Parti Warisan bersama MUDA, PBM dan KDM). OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.