nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tingkatkan tatakelola untuk hapus ketirisan, pembaziran : PM

24 OGOS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dalam usaha menghapuskan ketirisan dan pembaziran di negara ini, agenda meningkatkan tatakelola akan diteruskan.

Katanya, tatakelola  merupakan faktor penting untuk menarik pelaburan dan meningkatkan persekitaran perniagaan malah menjaga keselamatan rakyat dan sempadan negara.

Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan menekankan perkara itu semasa pertemuan dengan ketua jabatan dan agensi penguat kuasa berkaitan jenayah kewangan di Kementerian Kewangan, semalam.

“Adalah dianggarkan negara mengalami kerugian hasil sebanyak RM5 bilion setahun manakala jenayah kewangan yang menyumbang kepada ekonomi bayangan menyebabkan kehilangan hasil cukai dianggarkan sebanyak RM70 bilion setahun.

“Memandangkan trend jenayah kewangan yang semakin kompleks, saya arahkan kesepaduan dan kerjasama agensi kerajaan dengan lebih proaktif dan efektif,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, malam tadi.

Dalam hantaran sama, beliau berkata amalan perundangan berkaitan pengurusan aset yang disita dan dilucut hak akan ditambah baik sejajar dengan tadbir urus terbaik antarabangsa.

“Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) perlu menambah baik operasi pemantauan untuk memastikan usaha ini terus dipertingkatkan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota agensi berkaitan yang bertungkus lumus memerangi dan menumpaskan jenayah kewangan.

Pada masa sama, beliau menyeru kerjasama dan penglibatan rakyat untuk turut serta dalam usaha itu.

“Adalah menjadi harapan besar buat saya dan seluruh rakyat Malaysia agar kesemua warga dan anggota agensi untuk meneruskan usaha murni ini dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti demi mengangkat martabat negara,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.