nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia dijangka terima lebih banyak pelaburan

27 OGOS : Malaysia dijangka menerima lebih banyak pelaburan pada masa depan.

Menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), ia disokong oleh keyakinan pelabur terhadap rangka kerja Ekonomi Madani dan daripada pelaburan sedia ada,

Presidennya, Datuk Seri Wong Siew Hai berkata, pendekatan mesra pelaburan yang diamalkan oleh kerajaan semasa akan menarik syarikat asing memasuki pasaran Malaysia.

“Kita dapat melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerja keras untuk menarik pelaburan dari seluruh dunia termasuk China, Amerika Syarikat (AS) serta ‘sentuhan peribadinya’ dengan Elon Musk Tesla.

“Syarikat AS telah mengembangkan jejaknya di Malaysia, antaranya ialah syarikat terkemuka, Intel Corp, selain itu pelbagai syarikat baharu akan memasuki negara.

“Justeru, pelabur yakin terhadap Malaysia tetapi kita mahukan lebih banyak pelaburan berkualiti,” katanya memetik laporan Bernama.

Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters berkata, syarikat-syarikat AS membuat ikrar pelaburan berjumlah RM100 bilion dalam pelbagai sektor sejak 18 bulan lepas.

Beliau berkata, ia melibatkan pelaburan besar dalam bidang yang AS mahu mengukuhkan kehadirannya, iaitu sektor elektronik dan semikonduktor dan segmen pusat data yang merupakan bidang pertumbuhan tinggi.

McFeeters berkata, pelaburan AS masuk secara aktif ke Malaysia selepas mendapati Malaysia adalah bahagian penting dalam rantaian bekalan dunia semasa pandemik Covid-19.

“Banyak kilang AS bergantung secara langsung pada produk buatan Malaysia.

Sehubungan itu, kita mempunyai hubungan ekonomi yang saling menguntungkan yang telah dibangunkan sehingga hari ini,” katanya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini berkata, Malaysia akan mengutamakan penambahbaikan kemudahan menjalankan perniagaan di negara ini untuk menarik pelaburan berkualiti.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memperkemas proses dan memantau serta menjejaki proses pelaburan ini secara dekat dan dalam masa nyata melalui unit pengurusan dan penyampaian projek dI Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat, Malaysia sentiasa menggambarkan sebagai sebuah negara tidak berpihak dan bersikap akomodatif kepada hubungan dua hala.

“Dalam dunia hari ini, ‘deglobalisation’ merupakan satu ancaman jika tidak ditangani.

Sehubungan itu, menjalin pakatan ekonomi dengan pelbagai negara harus dilihat sebagai komitmen Malaysia untuk terus terbuka kepada pelaburan langsung asing (FDI),” katanya.

Lebih penting lagi, Mohd Afzanizam berkata, pelaburan oleh syarikat asing boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur serta pemindahan teknologi.

Mengenai prospek sektor elektrik dan elektronik (E&E), Siew Hai berkata penggiat industri menjangkakan permintaan akan meningkat pada tahun 2024.

“Semua orang menjangkakan permintaan akan meningkat tahun depan tetapi kita tidak tahu bila.

Ada yang mengatakan ia mungkin berlaku pada awal separuh tahun pertama manakala ada berpendapat ia dijangka berlaku pada separuh kedua tahun 2024.

Kita perlu memantau trend tersebut,” katanya.

Permintaan merosot pada akhir tahun lepas disebabkan permintaan pengguna yang lebih lemah, didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi tinggi dan kemelesetan ekonomi, semuanya bergerak perlahan dan ia berterusan hingga tahun ini.

Siew Hai menjangkakan permintaan akan stabil hujung tahun ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.