nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bukan Islam tidak perlu khuatir modul hadis : Kok Seong

28 OGOS : Penganut bukan Islam tidak perlu khuatir dengan pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti diumumkan, baru-baru ini.

Hal itu kerana menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong kebebasan beragama sudah pun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu beliau menyeru agar semua pihak berfikiran lebih terbuka terhadap pelaksanaan modul tersebut.

“Ia begitu jelas hasrat kerajaan menggunakan modul itu untuk pelajar Islam dan mereka yang membantah ini seharusnya merujuk dahulu isi kandungan hadis itu kerana apa yang terkandung hanyalah ajaran al-Quran yang disabdakan kepada Rasulullah dan bukan ajaran tambahan yang dicipta sesuka hati.

“Kalau dirujuk, ajaran ini sudah wujud lama dan hanya menganjurkan perkara-perkara baik iaitu cinta sesama manusia, menganjurkan kecemerlangan Islam, membezakan yang baik serta buruk dan hal-hal sedemikian adalah untuk memupuk perwatakan insaniah yang lebih baik dalam kalangan murid dan pelajar Islam. Jadi adakah perkara begini kita nak tentang dan bantah?,” katanya.

KPM pada 19 Ogos lepas melancarkan modul hadis itu bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah antara lain untuk memupuk semangat kasih sayang, selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.

Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Walaupun sudah dijelaskan pelaksanaan modul terbabit hanya kepada pelajar dan guru beragama Islam namun ia menjadi polemik terutama dalam kalangan penganut bukan Islam.

Dalam pada itu, Kok Seong berkata sekiranya modul berkenaan berjaya membina akhlak yang baik dalam kalangan murid Islam, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam sekali gus memakmurkan negara.

Malah beliau menyifatkan tindakan membantah pelaksanaan modul itu sebagai ‘tindakan cetek ilmu’ kerana tidak mengenali masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan agama dengan baik.

“Ini memperlihatkan kita di Malaysia tidak mengenali satu sama lain dan apabila tidak kenal, faham akan timbul perasaan curiga-mencurigai sehingga wujud bantahan seperti ini.

“Sebenarnya golongan bukan Islam tidak harus khuatir sebab di dalam Perlembagaan jelas berkenaan kebebasan beragama di negara ini dan semua agama boleh dianuti secara aman damai, jadi jangan cepat kita melatah sebaliknya kukuhkan proses pembentukan negara bangsa agar kita saling memahami,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.