nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kempen #saysomethingnice akan diperluas kepada MP, ADUN

29 OGOS : Kempen #saysomethingnice akan diperluaskan kepada ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usaha menyatupadukan rakyat negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau akan mengetengahkan perkara itu kepada Kementerian Perpaduan Negara.

Katanya, kempen seumpama itu perlu digerakkan untuk mengingatkan ahli-ahli politik bahawa mereka juga perlu memainkan peranan dalam usaha mewujudkan penyatuan di negara ini.

“Kita gerakkan juga usaha ini untuk membawa ahli politik di Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) untuk bersama supaya kita mengingatkan mereka perlu menjadi ‘pemimpin’ untuk menyatukan rakyat dan kesatuan ini amat penting untuk kita jadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kempen perpaduan #saysomethingnice di Universiti Taylor di Subang Jaya, hari ini.

Menurut Fadillah dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan ketika negara sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi, ia perlu bermula dengan perpaduan antara rakyat serta kesatuan dalam kalangan pemimpin.

“Kita perlu menggerakkan usaha ini supaya menggalakkan semua lapisan masyarakat tak kira sama ada ahli politik, ahli korporat, rakyat perseorangan dan sebagainya untuk mula mengatakan apa sahaja yang baik supaya ia dapat menyatukan negara kita.

“Kita kena bersatu dalam tindakan dan aspirasi kita untuk menjadikan Malaysia lebih baik kerana kita dikenali sebagai sebuah negara bersatu-padu dan dihormati dunia,” katanya.

Kempen #saysomethingnice yang memasuki edisi kesepuluh digerakkan syarikat Zubedy (M) Sdn Bhd bersempena sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia dan akan berlangsung selama 17 hari bermula 31 Ogos ini.

Sebelumnya ketika menyampaikan ucapan perasmian, Fadillah menggesa orang ramai supaya tidak berasa takut untuk menegur sekiranya terdapat mana-mana ahli politik yang mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

“Kalau ahli politik tidak bercakap dengan betul, jangan takut beri teguran. Sekarang kita perlukan seluruh rakyat untuk sama-sama membina Malaysia lebih makmur dan sejahtera di mana kita dapat hidup dalam keadaan rukun dan damai,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara Malaysia (MPPN), sebuah majlis yang diwujudkan khas untuk menggalakkan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan penduduk berbilang kaum.

“Peranan MPPN adalah untuk memastikan perpaduan kekal utuh demi masa depan Malaysia menerusi perbincangan isu perpaduan, usaha penyatuan nasional dari pelbagai sudut, dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada kerajaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.