nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Untung Petronas Dagangan melonjak RM275.71 juta

29 OGOS : Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd melonjak kepada RM275.71 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 berbanding RM237.68 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.

Ia berikutan keuntungan kasar yang lebih tinggi daripada segmen komersial.

“Ini sebahagiannya diimbangi oleh perbelanjaan pengurusan yang agak tinggi disebabkan oleh pembaikan serta penyelenggaraan dan keuntungan sekali sahaja daripada pelupusan perniagaan gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak pada suku yang sama tahun lalu,” kata syarikat minyak dan gas itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Bagaimanapun perolehan menurun kepada RM8.91 bilion pada suku tersebut berbanding RM9.5 bilion sebelumnya berikutan purata kelemahan dalam harga jualan iaitu sebanyak 14 peratus dari tahun ke tahun walaupun volum jualan adalah lebih tinggi pada 9.0 peratus dari tahun ke tahun.

Bagi tempoh enam bulan, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM577.55 juta berbanding RM356.17 juta pada 2022 manakala hasil meningkat kepada RM17.56 bilion daripada RM17.12 bilion.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Azrul Osman Rani dalam satu kenyataan berasingan berkata tumpuan Petronas Dagangan akan kekal pada mengoptimumkan dinamik bekalan dan permintaan di samping memastikan pengurusan kos yang cekap.

Syarikat itu secara aktif sedang memacu penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF) sebagai opsyen komersial berdaya maju kepada industri penerbangan seterusnya menunjukkan komitmen untuk menyokong usaha penyahkarbonan industri.

Semasa pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2023) syarikat itu telah membentuk perkongsian strategik dengan pengeluar pesawat terkemuka serta penyedia perkhidmatan helikopter bagi mempergiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan SAF di Malaysia, katanya.

Petronas Dagangan mengisytiharkan dividen interim sebanyak 18 sen sesaham biasa untuk suku berakhir 30 Jun 2023 yang perlu dibayar menjelang 26 September.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.