nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemutihan sekolah agama demi keselamatan, kebajikan pelajar

30 OGOS: Usaha pemutihan sekolah agama di Selangor yang dijalankan bertujuan mengatasi masalah sekolah tidak berdaftar, bukannya untuk menutup sekolah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata ia juga bagi menambah baik operasi serta memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar.

Hal ini kerana katanya kebanyakan sekolah agama yang tidak berdaftar tersebut tidak mematuhi aspek yang ditetapkan kerajaan sama ada dari sudut keselamatan dan kualiti pendidikan.

“JAIS memandang serius aspek keselamatan dan kurikulum pelajar malah  lebih penting adalah dalam memastikan setiap sekolah agama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan kerana semua perkara berkaitan dengan agama termasuk hal pendidikan agama Islam di negeri Selangor adalah di bawah tanggungjawab JAIS.

“Sama ada sekolah tersebut berada di dalam sistem atau di luar sistem juga tetap menjadi tanggungjawab kami.

“Jadi langkah pemutihan ini bukan bermakna kita hendak menghalang dan menutup sekolah tahfiz seperti yang digembar-gemburkan,” katanya kepada BBC portal.

Mohd Shahzihan Ahmad

Beliau turut menzahirkan rasa kesal kerana usaha murni Kerajaan Negeri Selangor dalam memelihara kebajikan pelajar di institusi tahfiz swasta dan persendirian tersebut dipandang serong dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak.

Tegasnya, langkah pemutihan tersebut dilakukan sebagai tanda keprihatinan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam memastikan keselamatan dan pendidikan pelajar-pelajar institusi tersebut terjamin sama seperti sekolah yang berada di bawah kerajaan negeri.

“Langkah pemutihan ini juga untuk memastikan apabila mereka menghabiskan persekolahan mereka, mereka boleh berdiri sama rendah duduk sama tinggi dengan pelajar sekolah yang berada dalam sistem di bawah JAIS melalui pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kerajaan  negeri turut  memperuntukkan RM1.9 juta untuk pelajar di institusi tahfiz swasta dan persendirian di Selangor untuk mengambil SPM. Peruntukan tersebut adalah dari segi kelas tambahan dan penempatan bagi menduduki peperiksaan.

“Selain itu, institusi tahfiz swasta dan persendiran yang belum berdaftar dengan pihak berkuasa agama Islam negeri perlu berbuat demikian supaya bantuan dan peruntukan dapat disalurkan seperti mana yang diterima oleh Institusi pendidikan Islam yang berdaftar.

“Keprihatinan Tuanku berkenaan hal ini bukanlah hendak menutup sebaliknya mahu pusat tahfiz persendirian mengikut peraturan serta memastikan keselesaan pelajar dari segi keselamatan dan kurikulum kerana sekiranya berlaku kemalangan, bencana dan sebagainya, akhirnya yang akan dipersoalkan adalah JAIS, kerajaan negeri dan Tuanku selaku ketua agama,” katanya.

Kata Mohd Shahzihan, semenjak garis panduan pemutihan sekolah agama dan institusi tahfiz persendiran itu telah dibangun dan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2021, garis panduan tersebut mendapat kerjasama daripada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor atau PITAS yang dianggotai 478 institusi sekolah agama persendirian.

Namun, masih ada segelintir institusi tahfiz persendirian yang enggan berbuat demikian.

“Kita (JAIS) sedang dalam usaha memastikan semua institusi tahfiz mendaftar dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

“Tidak semua pelajar sekolah rendah yang memasuki sekolah menengah layak memasuki sekolah agama di bawah kerajaan negeri kerana kuota yang sedikit, maka, mereka akan pergi ke swasta. Bila mereka (sekolah tahfiz) tidak duduk bersama sistem kita dan berada di bawah sistem lain, ia tetap juga menjadi di bawah tanggungjawab JAIS.

“Sebab itu, mereka perlu juga mendaftar kerana bagi memudahkan mereka dalam mengedalikan institusi tersebut,” katanya.

Sebelum ini muncul dakwaan Selangor sedang dalam proses menutup ratusan sekolah agama persendirian dan ia dikaitkan dengan DAP.

Kerajaan negeri menafikan dakwaan itu dan menegaskan Sultan Selangor mahu semua institusi terbabit didaftarkan bawah JAIS.

Menurut Kerajaan Selangor, Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) yang dibangkitkan bermula sejak awal 2021 lagi serta bagi mengelakkan kejadian seperti kebakaran maut di institusi agama sebelum ini.

Sultan Selangor turut bertitah supaya pihak polis mengesan kumpulan pemfitnah yang menyebarkan dakwaan berkenaan. OLEH AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.