nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes usul tambahan UMNO, bukan bidang kuasa mahkamah

30 OGOS : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan difailkan tiga bekas penyokong BN untuk mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung usul tambahan UMNO yang tidak mempertandingkan dua jawatan utama dalam pemilihan parti itu, tahun lalu.

Hakim Amarjeet Singh menolak permohonan itu susulan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes membabitkan hal dalaman parti politik.

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh dua ahli UMNO Cawangan Kampung Bukit C2 Lembah Pantai, Satarriah Abdul Karim dan Zaidi Abdul Majid serta ahli MIC Lembah Pantai, P Vellasamy.

Mereka diwakili peguam, Thalia Rohaina Abdul Latiff manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mewakili Saifuddin dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Mereka menamakan Saifuddin, kerajaan Malaysia, RoS dan UMNO selaku responden dalam permohonan itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah certiorari untuk membatalkan kelulusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Mac lalu.

Di mana ia mengecualikan UMNO daripada mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 menurut peruntukan Seksyen 70 akta sama.

Mereka juga memohon perisytiharan bahawa surat RoS bertarikh 3 Mac lalu yang mendapati bahawa usul tambahan UMNO yang diputuskan di PAU 2022 adalah tidak teratur, bertentangan perlembagaan parti dan tidak sah.

Turut dipohon, ialah satu perisytiharan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO hendaklah dipertandingkan dalam masa 30 hari daripada tarikh penghakiman.

Usul tambahan UMNO dicadangkan ketika PAU 2022 pada 11 hingga 14 Januari lalu, agar tiada pertandingan untuk dua jawatan utama pada Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2023-2026.

Kemudian, pada 2 Mac lalu, RoS mengeluarkan surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UMNO di mana RoS mendapati usul tambahan UMNO yang diputuskan di perhimpunan agung parti itu adalah tidak teratur dan bertentangan dengan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO, oleh itu ia adalah tidak sah.

Menurut pemohon, sewajarnya RoS mewajibkan UMNO untuk mengambil tindakan pembetulan untuk mematuhi Fasal 9.3 perlembagaan parti itu.

Tiga pemohon ini mendakwa, pada 7 Mac lalu, satu kenyataan media dikeluarkan oleh Saifuddin yang menyatakan bahawa kementeriannya memutuskan untuk memberi pengecualian menurut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) akta sama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.